Jumaat, 1 April 2011

Sup Ikan Merah With Tauhu & Sambal Kicap Cili Padi

Dua tiga hari kebelakangan ni rajin pula aku letakkan n3 mengenai masakan kat dalam blog..... (dah tak ada benda yang nak diceritakan so letaklah n3 pasal masakan pula, janji blog aku berupdate).




Oklah, sambung balik cerita pasal masakan ni, semalam aku masak Sup Ikan Merah with Tauhu and Sambal Kicap Cili Padi. Tukar menu pulak, selalu sangatttt masak lomak cili padi. Laris jugak sup ikan dengan tauhu ni....






Aku ambil recipe ni dari blog Kak Ayu, Singapore. Thanks for sharing. Recipe asalnya guna ikan kurau, so aku tukar ke ikan merah sebab stok kat rumah hanya ada ikan merah.... Dah dua kali aku mencuba recipe dari blog Kak Ayu ni. Sedapppp kata anak-anak aku. Mr. hb pun cakap sedapppp.... (kembang sekejap sebab dapat pujian dari Mr. hb)


Minta halalkan dan kita letak pula kat sini.......



Bahan-bahannya:-





  • 3 - 4 keping ikan kurau (aku guna ikan merah) - dibersihkan dan lumur dengan jus limau


  • 5 - 6 biji bawang merah dihiris nipis


  • 3 -4 bawang putih di hiris nipis


  • 5 - 6 cili padi diketuk


  • 2 cm halia dihiris nipis


  • 1 - 2 biji tomato di potong baji atau 4


  • 1 batang lobak merah


  • 1 sudu besar serbuk lada putih


  • sedikit minyak untuk menumis


  • garam dan serbuk perasa secukupnya


  • air secukupnya


  • hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan


Cara Membuatnya:-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan serbuk lada putih. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan lobak merah, bila sudah empuk masukkan ikan dan biarkan renih hingga ikan masak. Masukkan garam. Akhir sekali masukkan tomato. Matikan api. Siap untuk dihidangkan dan hias dengan bahan hiasan.


Recipe kedua aku pula ialah Tauhu and sambal kicap cili padi...... Bahan-bahannya:-



  • 4 keping tauhu potong ikut suka - digoreng


  • 10 biji cili api


  • 1 biji bawang putih


  • 1 sudu besar rata gula


  • 1 biji jus limau sambal


  • 1 - 2 sudu besar kicap manis or masin


Cara-caranya:-

Tumbuk bahan-bahan (aku tambahkan belacan sikit) dan gaulkan dengan kicap dan jus limau.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan