Ahad lepas bawa anak-anak gi lepak kat sini...... kat sini ada pool, gym, tennis court, futsal court dan berbagai lagi...... tapi kalau kau orang nak guna facility kat sini, kau orang kena bayarlah........ macam aku hari tu, anak-anak nak swimming, so aku bayar dalam RM14.00....... RM2.00 seorang untuk kanak-kanak manakala orang dewasa RM5.00 seorang....... dan kau boleh berendam kat pool tu sehingga 8.00 malam..... Surau pun ada disediakan ya!!!
Kalau kau orang nak gym pula, bayarannya ialah RM10.00 seorang...... macam-macam equipment ada kat dalam gym tu........ next time aku nak try gym pulak.........
aku sampai kat sini dalam pukul 11.00 pagi..... hanya ada beberapa families ajer masa tu....... seronok anak-anak aku berendam kat dalam pool tu..... tak ramai orang..... tapi selepas waktu zohor orang dah mula ramai yang datang........ oh ya, kat sini kau orang boleh bawa makanan tau!!!! kira berkelah lah....... hari tu aku bawa mee hoon goreng, air and nugget........ ada satu group families tu siap bawak periuk nasi dan lauk pauk ......
kami kat kelab komuniti Cyberjaya tu sehingga ke pukul 4.00 petang...... anak-anak dah tak seronok nak mandi lagi coz orang dah mula ramai yang berendam...... lagipun mata anak-anak aku dah merah dek kerana lama sangat berendam, jari pun dah kecut-kecut.........
Selain kat sini, ada satu lagi public pool kat area Putrajaya ni..... kalau tak silap aku yang lagi satu tu dekat dengan Pullman..... bayaran masuknya RM5.00 seorang........ aku belum cuba lagi kesini........ mungkin satu hari nak cuba ke sini pula.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan