Isnin, 2 Julai 2012

Jenuh duk menunggu ubat

Ni cerita minggu lepas, tak ada kesempatan untuk mengupdatenya...... pagi ni curi-curi masa untuk mengupdate blog......
Lepas menandatangani report card anak-anak, aku terus ke Klinik Kesihatan...... pergi ambil ubat ajer........ sekarang ni government klinik tak bagi ubat sekaligus..... dia bagi sebulan sekali....... jika kau punya appointment untuk berjumpa doktor lagi 3 bulan, so kau akan kelinik tu tiap-tiap bulan hanya untuk mengambil ubat ajer........ punyalah lamanya menunggu untuk mengambil ubat tu... dekat sejam baru dapat........ orang yang menunggu untuk mengambil ubat bukannya ramai pun.....

2 ulasan: