Khamis, 6 Disember 2012

Cubaan Pertama

Assalammualaikum,

Mesti ahli keluarga aku yang duk baca blog aku ni akan berkata "buang tabiat ker" tak pernah-pernah membuat kek tiba-tiba jadi rajin pulak untuk membaking....... hahaha.... ini semua gara-gara anak dara aku tulah..... sebaik balik dari bercuti dari Langkawi duk sibuk suruh aku baking cake..... siap ajak aku gi Zemart untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kek...... alahai sayang, engkau bukan tak tahu mama kau orang ni cukup malas nak membuat kek or cookies........ anak dara aku siap offer untuk membersihkan dapur bila dah siap dia punya kek...... 
Kerana sayangkan anak-anak, so aku ikutkan ajerlah kehendak dia orang...... kang kempunan pulak nak merasa kek buatan mamanya...... 
Sebut part kempunan ni aku pernah kenalah dulu, masa zaman aku bekerja dengan Kewangan Bersatu Berhad dulu, kerja kat Seremban. Berulang alik dari kampung aku Linggi ke Seremban setiap hari...... tapi bagi aku apa yang terjadi kat aku tu, aku tak anggap yang aku kempunan nak makan benda yang aku nak...... sebaik ajer aku balik dari hospital (sebagai pesakit luar) arwah nenek aku terus buatkan aku bubur pulut hitam, sebab sebelum terjadinya accident tu aku ada suruh dia buatkan bubur pulut hitam tapi dia tak ada kelapangan..... jadi dia ingat aku kempunan nak makan bubur pulut hitamlah.......dah takdir nak jadinya accident pada hari tu dimana bas yang aku naiki tu dilanggar oleh lori, maka bas tu pun rebah melintang jalanlah...... nasib baik cedera ringan ajer aku masa tu....... famouslah aku masa tu sekejap sebab keesokkan harinya terpampang cerita aku didada akhbar....... (keratan akhbar tu masih lagi aku simpan).

Melalutlah pulak...... Oklah kita sambung balik pasal cerita cup cake anak daraku ni......
So ke Zemart, Ensteklah aku untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kek....... tu ajerlah loyang yang aku beli, beli yang kecik pulak tu, jadi kena tunggu hingga masak baru bakar yang lain pulak..... berkurun rasanya membuat satu cup cake ni.....
 tak senonoh kerja aku..... sememeh...... nilah gara-gara orang malas nak membaking............
 tapi tak sangka pula cantik menjadinya.........
dah tu, dia suruh aku bubuh topping kat atas kek tu pulak...... kenalah pulak aku mencairkan coklat dan anak dara akulah yang menaburkan liplap tu....... and now she asking for the big one.... "nanti kita beli kertas kek yang besar pulak ya mama", katanya...... aku, buat bodoh ajer....... tak sanggup mama nak buat cake lagi......

1 ulasan: