Selasa, 30 April 2013

Hari Kantin SMKDC

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas ke sekolah my hero, ada hari kantin katanya..... pergi pun sebab menemankan my gegirl yang sibuk nak masuk rumah hantu dan tengok wayang katanya. My gegirl dah janji dengan kawannya, tapi pada hari sabtu tu kawannya ada hal lah pulak so dia tak dapatlah joint my gegirl ke hari kantin SMKDC, maka akulah jadi mangsanya.......
 ada group bikers jugak..... cikgu-cikgulah ni kot yang empunya motor.......
 berposing dengan salah satu motor yang dia minati...........
 
 gerai-gerai jualan.........
 my hero bertugas di gerai ni........ mahal sungguh harga makanan kat gerainya ni...... Laksa sebungkus RM5.00...... tapi berbaloilah membelinya....... sedaaapppp. Rojak buahnya pun RM5.00, tapi tak mencuba pulak, terlalu banyak yang my gegirl borong.....
 haaaaaa nilah rumah hantu yang dia orang bising nak masuk ni...... dapat sambutan rumah hantu ni dari budak-budak. Beratur cukup panjang....... nasib baiklah my gegirl jumpa kawan-kawan dari sekolah lamanya, SRAI, so dia orang masuk bertigalah...... selamat aku.......
 Kupon yang kena beli.... hari sebelumnya dah beli RM10 dan pada hari Sabtu tu beli lagi RM30..... so total beli kupon ajer RM40, tu tak termasuk kena beli buah mangga muda untuk dibuat rojak buah dan susu pekat manis yang ada lambang teh tarik seperti yang dipinta oleh cikgunya........
 pameran dari bomba
 Ada "Flying Fox" juga........ budak ni takut nak terjun, dekat 10 minit jugalah dia mengacah nak turun....... puaslah kawan-kawannya yang kat bawah tu menjerit suruh dia terjun.........
 akhirnya berjaya dia turun..........
My gegirl dengan kawan-kawan dari sekolah lamanya, SRAI........ lepas rindu masing-masing.......

2 ulasan:

  1. Rindu pulak dan berhavok2 cam ni kat sekolah.... Dah lama tinggalkan sekolah... apa aktiviti di sekolah dan cuti sekolah pun saya tak tahu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni akak hanya perlu ambil tahu aktiviti2 di universiti ajer..... bertuah akak semua anak berjaya.... kongsilah resipi kejayaan anak2 kat saya.......

      Padam