Jumaat, 13 September 2013

Ahad pun masih gantung periuk

Assalamualaikum,

Seperti hari Sabtu, hari Ahad pun aku ada jemputan undangan majlis perkahwinan.... ada 2 jemputan..... kedua-duanya di Seremban....... undangan pertama dari sepupu en. suami dan satu lagi undangan dari rakan sekerja di tempat mula-mula aku bekerja dulu........

First kami ke majlis sepupu en. suami...... ianya di adakan di Kompleks Al-Sa'adah di Rahang Square..... tak sangka aku ditengah-tengah masyarakat Cina kat Rahang ni adanya Kompleks Al-Sa'adah ni...... First time ke Kompleks ni.......

 pintu gerbang Komples Al-Saadah.......

"Kompleks Al-Sa'adah telah beroperasi sejak Mac 2011 dan turut menyediakan kemudahan seperti dewan solat yang boleh memuatkan 300 orang, Pejabat NGO iaitu Persatuan Darul Saadah dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Penaungnya ialah Dato' Menteri Besar, Dato Mohd Hassan dan salah seorang pengerusinya ialah salah seorang pengusaha makanan cina muslim yang terkenal tu........ (sorry tak ingat siapa namanya)...... Bangunan ini dibina dengan konsep seni bina tradisi kaum Cina iaitu gabungan seni bina Masjid Xian, China dengan adaptasi dari ciri-ciri dan kepercayaan masyarakat Islam. (Sumber dari kompleks tu ya!!)"
 ok sambung balik pasal wedding ni...... ini sepupu en. suami belah ayahnya......
  pengantin lelaki adalah anak sepupu en. suami.......
 Bismillah........
 lepas makan, kami sempat masuk ke dalam kompleks.... ada pameran dianjurkan oleh kompleks tu.......
 kami sekeluarga sempat bersolat zuhur secara berjemaah di kompleks ini......
 kompleks yang dikelilingi oleh penduduk masyarakat cina itu aktif menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan khususnya program-program ilmu........
 lepas solat zuhur kami sambung lagi makan....... makan kuih pula....... antaranya popia goreng.......
 agar-agar cendol.....
 kuih ????
 sebelum balik, bergambar sekali lagi kat pintu gerbang..........

6 ulasan:

  1. oh...kat seremban. den pun tak tau ado kat situ. cantik...!

    BalasPadam
  2. Cantiknya tempat ni dah macam kat negara China pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terasa macam gi melancong ke China pulak..... hehehe.....

      Padam
  3. assalam...seronoknya makan kenduri....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi singgah.... makan kenduri memang syokkkk

      Padam