Rabu, 11 September 2013

Cerita hari Sabtu - Part III: Klana Resort Seremban

Assalamualaikum,

Sabtu tu sebelah malam terpaksa berbahagi-bahagi..... aku dengan Adli ke Seremban manakala en. suami dengan Najwa ke Surau Al Ikhlas untuk jamuan hari raya....... Sepatutnya ke Seremban kami satu keluarga yang pergi.... aku dah letak keempat-empat nama tapi en. suami kata dia nak ke surau al-ikhlas and Najwa also nak follow ayahnya coz ramai kawan-kawannya kat surau tu.......

Aku ke Klana Resort atas jemputan rakan sekerja yang membuat majlis resepsi anak lelakinya.... Ini wedding orang India ya...... dia memang buat majlis ni kat Klana Resort kerana nak menjamu rakan-rakan sekerja yang beragama islam...... 

Dari Nilai aku tumpang kereta one of the lecturer........ aku tak berani memandu malam-malam...... silau.... tambah pula petang tu hujan lebat and highway jammed.........
me with my hero....... sibuk duk tanya aku "handsome tak abang"??? dah masuk sekolah menengah ni macam-macam ragamnya.........
boring..... tak ada kawan...... so mainlah handphonenya tu...... sebenarnya aku paksa dia follow aku...... untuk teman aku balik (jadi co pilot aku) dari rumah my friend tu........
menunya........
antara staff yang hadir...... ni kat meja kita orang..... untuk  NU diperuntukkan 4 meja.......
ada persembahan jugak........
acara memotong kek........
Spicy Rasam.......
cream caramel...... suka pulak Adli dengan caramel ni...... bila aku buat tak berapa dia nak makan....... yang hotel punya bukan main dia makan lagi.......
mereka-mereka yang hadir pada malam tu.....
our xboss pun datang.......

2 ulasan: