Isnin, 21 Oktober 2013

Cer teka buah apakah ini????

Assalamualaikum,

Pernah tengok buah ni.....
aku baru first time tengok buah ni..... selalu tengok yang dah kering  ajer..... itu pun kalau nak dicampur dalam gulai........
kalau kau orang nak tau ni lah buah asam gelugor untuk buat asam keping tu...... kat kebun MIL aku ada pokok ni dan dah berbuah dengan banyaknya....... so semalam kita orang gi memetiklah...... ini kali kedua we all gi petik buah ni........
 ni proses untuk membuat asam keping..... mula-mula kena basuh dan kerat-keratkan, lepas tu susun atas talam dan jemurkan dibawah terik matahari kalau mendung tu cepat-cepatlah angkat supaya asam keping tu tak berkulat.......... jemur sehingga mengecut or kering betullah........
 setelah melalui proses jemuran yang entah berapa kali....... maka hasilnya seperti di atas....... 
jimat duit........ tak payah beli kat kedai........ yang first time hari tu dapatlah sebalang .......... boleh pakai setahun tu..........

14 ulasan:

  1. Kalau masuk dalam kuah laksa, bila dah lembut, boleh dimakan sama... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ya ker??? tak tau pulak saya...... kalau macam tu bolehlah cuba..... thanks kak cik for the info.....

      Padam
  2. cantik buahnya...kat kebun saya kat kpg pun ada pokok asam gelugor tapi buahnya tak secantik ni..asam gelugor yg di kedai, kdg2 dah warna hitam..x suke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yalah nohas, kalau yang beli tu hitam sangat warnanya...... tak larat nengok nya...... macam bentuk buah manggis kan nohas???

      Padam
    2. ya, mcm bentuk buah manggis..mak saya selalu hiris ikut lekuk buah..tapi yg ni bentuk mcm bunga..lawa le pulak.

      Padam
  3. Oh... asam gelugor. Baru pertama kali kakak tahu buahnya macam ini. Macam manggis kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam manggis rupanya kak...... anak saya duk kata yang ni buah manggis......

      Padam
  4. Buah asam... masak lomak cili api dengan ikan sungai pun sodap!

    BalasPadam
  5. oooo gitu rupa asalnya ...thanks for sharing

    BalasPadam