Khamis, 3 Oktober 2013

Sarapan Kami Semalam

Assalamualaikum,

Cerita semalam baru hari ni nak di publishkan...... sibuk ya amat semalam.......

Pagi semalam terlampau rajin, sempat buat nasi lemak walaupun aku terlewat bangun semalam.... sedar-sedar pukul 6 pagi....... disebabkan dah berjanji dengan anak-anak, and takut depa kempunan, maka aku tunaikanlah permintaan dia orang untuk bersarapan nasi lemak......... terkocoh-kocoh mak kau tau tak!!!!
disebabkan dah terlewat bangun maka aku buranlah api dapur gas tu...... so hasilnya ada yang terhangus.... so abaikanlah yang hangus-hangus tu ya!!!!!!
Nasib baik sambal ikan bilis aku dah masak malam, kalau tidak jawabnya beli ajerlah sambal kat umi tepi jalan tu wahai abang & adik........
ni bekalan aku ke pejabat...... omak terpaksalah ambil yang hangus tu.......

5 ulasan:

  1. sedapnya..nasi lemak masak sendiri...omak kenalah berkorban..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nohas, untuk Sabtu yg akan dtg ni, my gegirl dah request nasi lemak kerang pula........

      Padam
    2. Boleh buat berniaga ni...hihi..

      Padam
  2. Ada ke yang paham perkataan "buran" tu Zana? Apa-apa pun janji sudah di tunaikan... angus...anguslah... janji dan tunai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena rujuk kamus dewan bahasa kak, kalau ada yg tak paham

      Padam