Khamis, 17 April 2014

Melantak Ice Cream Dalam Hujan Lebat

Assalamualaikum,

Cerita dah basi, baru nak upkan n3........
Khamis awal April kalau tak silap lah aku ke Ice Room
one of the lecturer sibuk duk ajak gi ke ice room ni, pergi lepas office dan kebetulan petang tu pula hujan turun dengan lebat.......
dah janji so kenalah pergi jua........
orang sejuk-sejuk selalunya duk cari teh tarik, tapi kami pergi melantak ice cream, bertambah sejuklah jadinya..........
ni Najwa punya....... namanya lupalah pula tapi yang pasti ada oreo kat belakang namanya....... hehehe.......
ni aku punya........ mangga........
ni untie Shimanya punya.........
ambil dia dari sekolah dan bawa terus ke office
so terlupalah pula bawa baju tukar dan tudungnya.......
maka gi ice room tanpa pakai tudunglah dia dan omaknya pun cakap tak yah lah pakai dik, kang kotor tudung tu.........
and then tengah sedap menikmati ice cream masuklah pula ustad sekolahnya, yang mengajar kat kelasnya....... apa lagi tak tentu arahlah dia...... dan omaknya berkata lagi "buat tak tau ajer dik, toksah pandang"...........
teruk betul omak si adik ni kan??? 
sepatutnya suruh pakai tudung tuuuuuu ni suruh bukak takut kotor pula............. hish......hish........hish........
esoknya, Jumaat bila dia balik dari sekolah terus cakap, tadi ustad doa kat perhimpunankan dia sebut "Ya Allah buka kanlah hati anak-anak yang pakai tudung ni supaya terus memakai tudung"
omak si adik ni hanya gelak besar ajer dan cakap kurang asam ustad kau ni ya!!!!
untuk info: sebenarnya kami kenal ustad tu, imam kat surau kami.........  ustad mengajar dia orang mengaji jugak........

8 ulasan:

  1. aik..hujan lebat pun ostad tu mkn ais krim gak...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah pasalnya....... ingatkan hujan lebat, ice room tak penuh, ni sebaliknya pulak........

      Padam
  2. Saya pun pernah buat 'kes' mcm ni Zana... tahun lepas masa saya gi jenguk si abang di UK... time tu winter... snow mencurah2 kat luar... saya, abang dan adik gi Tesco... adik saya nampak ais cream walls murah dari biasa..(yelah winter sapa nak makan ais cream time2 sejuk tu kan).. tak hengat kita orang beli satu bekas besar... balik rumah kita orang makan dengan strawberry... ok je.. sib baik tak sakit perut...

    kesian Najwa... nasib terserempak ngan ustaz time tak bertudung... Tapi pada saya tak baiklah ustaz tu perli2 plak masa perhimpunan... terus terang... saya tak berapa suka cara tu... budak2 lagi... nanti taulah dia bila dah sampai masanya... saya tak suka sistem paksaan dan sindir-menyindir dalam mendidik anak-anak... - maaflah pada yg membaca komen saya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah cikgu sekarang ni...... paksaan dan sindir menyindir ni mamang dah biasa bagi dia orang kut........... terutamanya dalam part duit, cakap boleh bayar ansuran belum sampai tengah bulan dah minta lagi dan siap cakap kat budak budak pulak tu, kalau tak bayar tak berkat pelajaran kau orang!!! Ada ke patut.......

      Padam
  3. sedapnya aiskrim2 tu..tak pernah lg masuk Ice Room..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah nohas..... saya pun baru first time masuk ice room ni....

      Padam
  4. sedapnya ice cream..dahlah hujan makan ice cream dalam ice room...tripple sejuk ni zana..hehe

    BalasPadam