Assalamualaikum,
Aku tempelkan resipi krispies ni atas permintaan Sheila Salim. Selamat mencuba......
Bahan-Bahannya:
1 bungkus kellog's rice krispies
1 bar besar Cadbury milk
3 ketol marsbar
sedikit butter
Cara-Caranya:
1. Double boil marsbar dan butter bersama hingga cair. (hasilnya akan jadi melekit2 sikit)
2. Selepas tu, gaulkan campuran tu dengan rice krispies hingga sekata
3. Tekan2 sikit rice krispies tu supaya padat
4. Double boil Cadbury hingga cair
5. Bila dah cair, boleh lapiskan kat atas rice krispies tu. kasi rata.
6. Sejukkan.
seelok-eloknya rice krispies tu kena sederhana nipis masa letak dalam acuan/bekas kek, baru sedap dan senang nak gigit. terpulang pada citarasa.
p/s: masa first time buat tu akak hanya guna coklat masakan ajer....... yang second tu baru guna cadbury.......... kalau Sheila duduk kat area Bangi, Sheila boleh pergi beli kat kedai menjual barang-barang membuat kek kat Bangi tu...... kedai tu depan dengan masjid, sebelah AL Ikhsan Factory outlet ..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan