Khamis, 23 Oktober 2014

Kampungku Linggi Banjir

Assalamualaikum,

Ambil gambar ini dari FB kaum kerabat aku (pangkat pak saudara). Menurut tarikh kat FB beliau, kejadian pada 21 Oktober 2014, malam........ dah gelap mestilah malam kan??? tu kat Pekan Linggi. Rasa-rasanya dah lama Pekan Linggi tak tenggelam. Kalau lah aku tau Linggi banjir, semalam cuti deepavali dah sure aku balik tengok, sebab semalam en. suami ada reunion SMR kat Rantau Eco Park Kuala Sawah. Aku kalau kat rumah tak dapat nak tengok FB sebab phone di conquer oleh anak-anak, so omak mengalahlah, tu yang tak dapat berita tu.........

Semalam memang aku dah plan dengan anak-anak, nanti en. suami pergi reunion sekolahnya aku dan anak-anak nak balik ke Linggi sekejap. Nak pergi tengok rumah pesaka peninggalan arwah mak saudara aku yang kat rumah rakyat Pengkalan Durian yang disewa dek orang tu dah chow........  nak kemas sikit-sikit dan nak pergi padamkan suis lampu yang penyewa buka satu rumah tu, walaupun fius besar kat depan tu pak cik aku yang duduk berdekatan dengan rumah tu dah tolong tutupkan. Tapi bila memandang kelangit dan tengok gelap semacam ajer so beratlah hati ni nak gerak balik ke Linggi dan kalau aku balik pun belum tentu dapat ke Pengkalan Durian sebab kalau tengok kat gambar kat atas tu, jalan nak ke Pengkalan Durian/Lubuk China/Melaka tak boleh lalu, tenggelam nampaknya............

Dan rumah peninggalan arwah nenek aku apalah khabarnya ya??? Tenggelam ker??? sebab rumah arwah nenek aku ni ke bawah sikit compare tu rumah arwah emak aku yang terletak kat atas bukit..........

2 ulasan:

  1. banjir dah surut, bolehlah gi tengok kan..nak bersih, kemas..banyak kerja tu..kena gotong-royong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah arwah mak tak kena sebab tinggi. Rumah arwah nenek tu tak pastilah tapi rumah arwah nenek tu ada orang sewa so tak perlu lah kami turun berkemas.....

      Padam