Khamis, 9 Oktober 2014

Nyaris-nyaris aku jadi macam Kiki

Assalamualaikum,

Maaf lah ya, sebab n3 aku kali ni panjang dan ada bahasa yang kurang enak sebab melepaskan geram sekali........ 

Nasib baik aku tak jadi macam Kiki, kalau tak habis satu dunia melihat wajah ku yang cun melecun dan berbudi bahasa serta bersopan santun selama ni (masuk bakul angkat sendiri)  tetiba menjadi incredible hulk. sekarang ni apa-apa yang terjadi di jalanan cepat ajer orang upload ke fb lah ker you tube lah dan macam macam applikasi lagi tak dapat omak nak senaraikan kat sini der...........

Kejadian ini berlaku masa aku OTW balik ke Nilai pada hari Isnin cuti Hari Raya Aidil Adha. Balik ke Nilai untuk turun kan segala barang-barang dan baju kotor before ke Kajang.
Terjadi kat traffic light LBJ nak ke Kg. Jijan. Aku balik kampung memang follow jalan situ, tak kuasa den nak bayar tol der........ 
Traffic Light merah dan en.suami berhenti tanpa menaikkan hand brek dan depan kami ada Honda CRV tapi tah macam mana en. suami boleh terlelap dan kereta bergerak ke depan dan mencium bontot CRV tu (dah nak kena macam mana kan, dah Allah tentukan pada hari sekian dan masa sekian kereta engkau akan mencium CRV tak boleh nak elakkan walaupun dah beringat).
Memang salah kami tapi sebelum turun tu aku dah suruh en. suami say sorry dengan pemandu tu....... keadaan kereta  taklah sampai tercabut bumper nya pun atau pun kemek keretanya.....tapi yang aku geram sangat tu, pemandu CRV tu turun dan terus minta RM300, ohhhhh ni nak kena cat balik ni katanya.....
    haaaaaaaa ni lah tempat yang kereta aku cium tu
kemek pun tak, calar pun aku tak jumpa

Aku dah hangin dah masa dengar dia minta RM300 tu, tapi aku try berlembut lagi dan cakap memang salah kami dan en. suami dah minta maaf dah, tapi dia tetap nak kan RM300. Aku cakap dengan sopan lagi, kereta encik ni tak ada calar pun dan bumper encik tak tercabut pun, kurang tak boleh ker? oh tak ni nak kena cat balik semula ni so darah aku dah menyirap dah dan terus aku cakap kat driver tu, kenapa tak minta RM3000 boleh cat satu kereta dan lepas aku menghamburkan ayat tu terus aku masuk dalam kereta sebelum marah aku meluap-luap lagi.

Aku pernah juga terlanggar kenderaan bangsa india tapi india tu boleh tolak ansur. Ini melayu sungguh tak bertolak ansur sombong bongkak........ ni lah melayu kalau dah pakai kereta bosar mula lah nak menyombong......... menyampah aku.........

Last aku suruh en.suami ajer yang deal dengan driver tu........
haaaaaaa yang baju putih tu lah driver nya.......
sombong nak mampus
haaaaaaaa ambik kau satu dunia tau nombor plate kau..... (satu dunia ker baca blog aku ni??? Jangan perasanlah ya tuan tanah, tuan tanah bukannya pun top blogger!!!)
sekeping lagi aku tempekkan gambar si botak ni.........
gerammmmmmm aku......

Dengan terjadinya kemalangan kecil ni maka hajat aku nak makan steamboat kat rumah adik aku kat Kajang pun terbantut........ Kempunan akak....... Steamboat air tangan suami adik aku ni sedap, kalah Johnny tau.......... masa menaip ni terbayang-bayang aku kuah/sos steamboat nya tu........ Hello my dear sis, ada simpankan tak sos steamboat untuk akak hang???? Kesian kat anak-anak aku sebab tak dapat pergi makan steamboat kat rumah Mak Ndak nya....... merajuk depa........ Adik aku siap sms dan cakap ekau yang beria-ia nak makan steamboat ekau pula yang tak datang, tak ada rezeki......... lain kali buat lagi ya, insya allah nanti kami bawa bahan-bahannya, ekau sediakan ajer sosnya...........

8 ulasan:

  1. habis tu, suami akak bayar ke RM300 tu?

    sikit je kena, tak calar pun kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. negotiate lagi..... kami cakap kalau sekarang tak adalah, tapi dia ambil phone number kami dan duk call ajer......

      Padam
    2. ajak g report polis kak ..tgk polis ckp ape...hihi

      Padam
    3. niat di hati memang nak gi report tapi nanti buat di gelak dek polis ajer.....

      Padam
  2. Elok gi report je kat polis... sebab kete dia tak ada apa kecacatan pun... ni dah kes peras ugut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terfikir masa tu kak. sebab dah ngigil dibuatnya. walaupun kemalangan kecil terperanjat dibuatnya sampaikan anak saya cakap tangan mama ngigil2.

      Padam
  3. ajak dia sama-sama pergi bengkel. suruh tauke bengkel quote harga.
    lps tu gelakkan dia ramai2

    BalasPadam