Assalamualaikum,
Ini aktiviti kami pada Sabtu lepas. Tiba-tiba ajer en. suami ajak pergi.
sebelum mulakan kerja kita picnic dulu
siap masak dan bawa bekal lagi tu
nak tau kat mana kami berpicnic?
kat porch depan rumah di Pengkalan Durian
nak masuk kunci tak ada
sebab orang yang menyewa tu lari dengan kunci sekali dibawanya........
sebelum dia chow dia minta deposit
aku cakap kena tunggu bil sampailah baru aku return deposit tu, tu agaknya dia bawa kunci rumah sekali dan dengan lampu dan kipas satu rumah tak di tutupnya.....
memang kurang ajar betul orang tu.......
dan neighbour2 berdekatan kata, sejak dia menyewa kat rumah kami tu banyak benda neighbour yang hilang.......
pencuri rupanya duduk kat rumah kami..........
senang hati dia dah blah dari rumah kami........
kami balik ke Linggi sebab ada kerja sikit kat rumah sewa tu........
ini kali kedua kami balik
kali pertama balik pergi tutupkan segala lampu-lampu yang terpasang, kami terpaksa pecahkan pintu belakang........ balik pun setelah segala sedara mara aku yang kat kampung tu duk call mengatakan lampu rumah kami terpasang ajer...........
so kali kedua ni kami balik sebab
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
potong mangga pintu depan dan betulkan balik pintu belakang
tukar segala kunci rumah tu.........
dan
terima bil yang ditinggalkan oleh mangkuk hayun tu........
bil api RM164.75 dan bil air tak ada mood nak snap yang berjumlah RM70.00
whatsapp kat dia, langsung pun tak dibalasnya........
geram............
dia duduk rumah kami baru ajer 6 bulan tapi bilnya OMG
tak bayar-bayar ker???
Nasib baik rumah tak di pecahkannya dan kipas2 tu dah di bawaknya pergi sekali....
BalasPadamYa Kak, nasib baik tak dipecahkannya rumah tu........ tapi tuan ruamah pula terpaksa pecahkan pintu belakang...... hehehe........... kipas dia tak bawa, tapi kat rumah tu ada periuk dan kukus besar peninggalan arwah, yang tu dah diletaknya betul-betul kat pintu utama. Mungkin niat nya nak angkut sekali kut, dia tunggu masa ajer supaya jiran-jiran tak nampak agaknya.....
Padammcm2 perangai penyewa ni..
BalasPadampenyewa rumah saya pun dah cabut lari, dkt nak 9 bulan tak bayar sewa, call tak angkat, dia kerja driver lori, lagi senang nak angkut barang..no.phone pun sekarang dah takde dalam perkhidmatan..huhu..bersabar je lah..
Ya Nohas macam-macam perangai penyewa ni........
PadamPenyewa yang sebelum ni dia keluar ok lah tapi mak ai tinggalkan bil api RM200 ++, apa dia ingat kita ini kaya sangat ker nak mengsettlekan bil orang! peninggggggg
aduhai macam2 perangai penyewa rumah ni kan.
BalasPadammasa nak masuk menyewa, lembut gigi dari lidah.
bila dah sewa, nak bayar pun liat. ada yg lari cenggitu je
Betul tu En. Bangsawan.....
Padam