Isnin, 10 November 2014

Jambatan Besi or Jambatan Bailey Kuala Sawah

Assalamualaikum,
Jangan ingat Batu Kikir jer yang ada jambatan besi (jambatan besi Batu Kikir dah tak ada lagi ya, sekarang ni dah jambatan batu), Kuala Sawah pun dah ada jambatan besi....... Setelah setahun lebih menunggu dan nasib baik tak ada kenderaan yang terjun sungai Linggi tu, barulah dapat kerajaan negeri pasangkan jambatan besi. Jambatan lama tu dah senget sebelah, selama setahun lebih ni bila balik kampung en. suami ikut selorong ajer kat atas jambatan tu........

Jambatan besi ni telah dipasangkan oleh JKR Temerloh ya!. Sebab JKR Temerloh ni pakar dalam pemasangan Jambatan Besi.

Kami belum lagi lalu kat atas jambatan besi tu sebab masa kami balik dari membetulkan rumah sewa kami di Linggi tu baru ajer jambatan tu dipasang. Jadi nak ke rumah MIL kami terpaksa ikut jalan lain. Nasib baik ada 2 alternatif, samada nak ikut Siliau atau pun nak ikut Angsamas. Kami ikut Taman Angsamas sebab dekat sikit. Kalau ikut Siliau jauh jalannya........
dengarnya 5 tahun kena pakai jambatan besi ni, sebab kerajaan negeri tak ada peruntukan untuk membetulkan jambatan lama yang dah senget tu........
tinggi dari jambatan lama.......

4 ulasan:

  1. Ingatkan kek' Batu Kikir je ada jambatan bosi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jambatan besi yang baru dipasang kak. JKR Temerloh cakap ini yang terpanjang dia orang penah pasang.

      Padam
  2. kampung saya ada juga jambatan laluan kereta api

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini jambatan sementara ajer Mr. Mahmud......

      Padam