Rabu, 11 Mac 2015

Kiriman dari Vietnam Sampai Sudah.......

Assalamualaikum,

Badan tak berapa nak ok hari ni. Ni mungkin disebabkan rushing sangat semalam. Dah tua tua ni disuruh kesana kesini tu yang jadi lemau rasanya dan tambahan pula semalam kat faculty ni ramai yang demam. 

Aku ke Seremban semalam atas urusan Seri Paduka Baginda. Pergi after 12 noon. Half day lah semalam. Dengan cuaca yang amatlah panas membahang kat Seremban tuuuuuuuuu dengan parking yang amatlah jauh dari pejabat yang kena pergi tu dan terpaksa pula menapak dalam terik matahari. Tu yang lemau sangat rasanya hari ni.     

Jadi dalam badan yang tengah lemau ni ternampak pula ada gambar yang tak dipostkan n3 nya lagi. Taklah gempak sangat ceritanya tapi sebagai kenang-kenangan ajer.
aku kirim...... kirim yang last minute tau
sebab adik-adik aku ke Vietnam pun aku tak tau
tup tup bila depa sampai sana baru whatsapp mengatakan yang depa ada kat Vietnam
kalau nak beli baju kurung bolehlah kirim katanya........
selalunya bila orang nak kirim sesuatu barang mesti orang yang akan membeli tu akan berkata
"Jangan kirim dengan air liur ajer"
tapi baguslah adik-adik aku, dah sampai sana baru bertanya nak beli baju kurung tak.............
kiranya balik baru bagi RMnya................
aku kirim 2 pasang
satu untuk aku dan satu lagi untuk putri aku.......
depa beli warna yang seakan-akan hampir......
aku tak suka yang ada batu-batuan ok
aku nak yang simple
yang sesuai untuk dipakai ke pejabat
dan
senang terus masuk mesin basuh..........

4 ulasan:

  1. jauh tu..material OK, jahitan kemas..mesti sedap dipakai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cukup selesa. rugi pula tu kirim sepasang ajer

      Padam
  2. comel je corak pada kain bajung kurung tu zana.. :)

    BalasPadam