Rabu, 11 Mac 2015

Mama One Stop Bakery & Cafe @ Kg. Sentosa, Ampangan

Assalamualaikum,

Semalam aku ke Seremban atas urusan seri paduka baginda. Selesai kat Seremban kena pula ke Senawang untuk dihantar salinan surat tu kat pejabat kat Senawang. 

Ke Senawang en. suami ikut jalan Kg. Sentosa Ampangan dan ini adalah pertama kali aku jejak/ikut jalan Kg. Sentosa tu........  dan ternampak lah satu Restaurant kat situ.........

sebelum aku nak cerita pasal Cafe tu aku nak say sorry kat orang-orang Kg. Sentosa, sebab selama saya bersekolah dan bekerja di Seremban saya ingatkan Kg. Sentosa ini adalah kawasan setinggan sebabnya setiap kali balik dari sekolah dan bila dah bekerja pun ramai yang turun dari bas SKN  kat tepi Jalan Senawang Paroi tu dan ikut jalan tanah merah untuk ke Kampung Sentosa. So aku ingat sure kat situ kawasan setinggan. Kampung Sentosa ni juga kalau tak silap aku dikenali sebagai MahFah sebab kat kampung tu ada kilang papan masa dulu-dulu.

Kat dalam Kg. Sentosa ni ada banyak gerai makan tau, pilih ajerlah.........
so kami decide singgah kat Restaurant ni
Mama One Stop Bakery & Cafe
Tempat makan kat atas manakala kat bawah dia punya kedai kek
cantik tempatnya
antara roti yang dijual di situ
antara donut yang dijual
donutnya terlalu manis
kalau orang yang ada diabetes tak digalakkan makan
terlalu-lalu manis............
lagi donut........
kek.......
ini kat bahagian atas
bahagian makanan panas
yang pakai baju merah tu adalah juara PU yang baru-baru ni.......
orang Kanchong, Rantau........
lagi tempat makan kat bahagian atas
Cafe ni di buka sehingga 7.30 pm sajer.......
nasi ayam my hero
soto untuk aku
cendol
manis yang amat
dan en. suami ambil set makanan kampung
tak ambil pula gambar makanan en. suami sebab leka sangat makan......
rasa dari tekak akak untuk makanan yang diorder memang ok
cukup segala-galanya.........

6 ulasan:

  1. MahFah tu apa maknanya? luas juga bahagian atas..mesti sedap makanan kpg..masakan negori..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap tu nama kilang papan yang ada kat situ masa dulu. La ni kilang tu dah tak ada. Masakan negori memang sedap.....

      Padam
  2. ooo..nama kilang rupanya..hehe..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Salam perkenalan jua buat cikgu.......

      Padam