Assalamualaikum,
Ini pun tak ingat bila, tapi rasanya end of March. Balik pun kerana ada jemputan kenduri kahwin. One of sedara kahwin kan anaknya. Ahkak sampai lambat sebab before that singgah kenduri kat kampung en. suami di Kuala Sawah. Kalau dah pergi sana dan semestinya lah kena singgah rumah MIL. So majlis kat Linggi tu lambat sampai and tak dapat jumpa sedara-sedara yang lain........ My Mak De pun tak jumpa......
After kenduri singgah kat luar rumah pusaka kejap........ dah lama tak balik buka rumah ini............
And cari kuih ni kat kampung. Nasib baik ada........
nama kuih ni sekalat.........
arwah nenek, arwah mak dan arwah mak teh selalu buat kuih ni dulu....... tapi anak-anaknya sorang pun tak tau buat.......... bila teringin nak makan, pergi ajer kedai sedara yang kat area sekolah or dekat dengan pekan Linggi, itu pun ada hari-hari yang dia orang buat. But that day is my rezeki, betul - betul tinggal 2 ketul ajer kuih tu.......... lepas kempunan......... heheheheeeeeeeeee
kuih ni atasnya telur dan bawahnya pulut........ sama macam kuih tradisional Terengganu, tapi kat Terengganu atas nya tu warna coklat bukannya kuning seperti orang Linggi punya......... rasanya sama dah macam sekalat Linggi.
My Hero suka pula kuih ni tapi my putri tak gemar........
Aisey, kata orang Linggi.......
Kalau orang Linggi, mesti gemar kuih-kuih tinggalan nenek moyang ni..........
order juga kuih ni untuk kenduri tahlil end of April nanti.........
Hari masih awal lagi, so my kids ajak pergi A Famosa Outlet pula. Kalau dari Linggi tak lah jauh mana. Boleh ikut jalan Kendong or Simpang Ampat............ Jalan-jalan cuci mata kat A Famosa pula..........
ramai orang masa ni and ada offer.........
saya kalau balik kg pun mesti singgah mpo jugak :D
BalasPadam