Rabu, 6 Julai 2011

Cuti Israk & Mikraj

29hb. June yang lalu ialah cuti umum bagi Negeri 9, sebabnya ialah hari Israk dan Mikraj.... Aku dah plan one day before public holiday, lepas hantar anak-anak ke sekolah, nak sambunglah balik tido, sebab Selangor tak cuti (anak-anak aku bersekolah di Selangor dan Mr. Hubby also kerja kat Selangor). Ingat kan on that day, I'm alone...... boleh relek sakanlah.......... Tapi apakan daya, rupa-rupanya sekolah anak-anak aku ambil cuti peristiwalah pulak..... so anak-anak bertuahku pun bercutilah juga pada hari tu....... Bercutilah kita tiga orang (Mr. Hubby kerja).

Rupa-rupanya Putri ku tu dah ada planning nya, dia berbincang dengan abangnya nak suruh aku bawa dia orang pergi ke Wet World Shah Alam, siap depa dah bertanya kat ayahnya, boleh tak mama bawa kita orang gi Wet World Shah Alam and Mr. Hubby cakap bolehhhhhh....... Bila Putriku dengar ayahnya kata boleh aja, maka dia pun merengek ajak aku pergi ke Shah Alam.... Macam-macam alasan aku bagi pada dia....... aku cakap tak berani mama nak drive masuk Shah Alam, kereta laju-laju, nanti dia orang horn, mengelabah mama...... aku juga cakap kat putriku yang aku tak tau jalan ke Wet World tu....... Putri aku cakap, dia boleh bacakan sign board, mama drive aja...... Peninggggg aku dibuatnya......

Oleh kerana aku malas nak ke Shah Alam, Mr. hubby suggest, suruh aku bawa anak-anak bertuahku ni ke Wet World Pedas aja....... Tapi oleh kerana tahap kemalasan nak memandu, aku createlah alasan......

Last-last, aku suruh dia orang swimming aja kat depan rumah........ Bila dia orang dapat green light untuk swimming kat depan rumah, apa lagi berendam sakan lah dia orang dalam pool plastic tu......Habis lecak dibuatnya...... Nak marah tak boleh, sebab aku yang benarkan dia orang berendam kat situ.............


Tiada ulasan:

Catat Ulasan