Dah habis baca novel ni.... bagi aku oklah novel ni.... Gerammmmm sangat bila aku baca novel ni, gerammmm sangat kat watak utamanya...... sabarnya dia. Kalau akulah sorryyyyy.....(tak dapat payung emas lah aku.... hehehe.....)
Tapi dalam sabar dia (watak utama) tetap seorang wanita....... Orang lelaki patut baca novel ni, biar mereka tahu....... walau sebaik manapun seorang perempuan...... hatinya belum tentu ikhlas menerima..........
Sinopsis:
Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang. Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu.
SESUCI KASIH SEORANG ISTERI....... luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam