Hari Sabtu yang lepas, aku dan anak-anak bertuahku bersama dengan kawan dia orang pergi ke Pameran Bomba Bersama Masyarakat di Dataran Nilai. Pameran ini diadakan selama 2 hari, iaitu hari Sabtu dan Ahad.
Najwa awal-awal lagi dah ingatkan aku supaya bawa dia ke pameran bomba ni, sebab dia nak masuk pertandingan mewarna. Sabtu lepas, bukan main awal lagi dia bersiap...... berkobar-kobar sangat dia..... selalunya kalau hari Sabtu dan Ahad, cukup susah nak bangun awal...... Kita orang sampai dalam pukul 10.30 pagi dan aku pun terus pergi ke kaunter urus setia untuk check bila pertandingan mewarna ni akan bermula........
Pihak urus setia memaklumkan bahawa pertandingan mewarna ni dah ditunda ke hari Ahad, pukul 3.00 petang..... pihak urus setia memaklumkan bahawa MB N9 akan datang pada hari Ahad tu untuk menyampaikan hadiah.......... Ramai juga Najwa jumpa kawan-kawan sekolahnya yang nak masuk pertandingan mewarna tu.....
Sebenarnya, Najwa dapat tahu mengenai pertandingan mewarna ni di sekolah dia orang.... Pihak sekolah dah buat announcement yang pertandingan mewarna akan diadakan pada hari Sabtu pagi...... Kesian Najwa, tak dapat nak masuk pertandingan mewarna sebab hari Ahadnya kita orang nak pergi bersantai di Kolam Renang, Angsana Hilir, K.L............
Oleh kerana pertandingan mewarna tiada pada hari Sabtu tu, so dia orang pun round-roundlah melawat booth-booth yang ada dan mencuba berbagai-bagai alatan bomba tu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan