Khamis, 4 Oktober 2012

Hari Usahawan @ SRAI Salak Tinggi

Hari ini kat sekolah anak-anak aku ada hari Usahawan dimana pelajar-pelajar tahun 6 akan berniaga........ since hero aku di dalam tahun 6 juga so dia pun kena berniagalah..... dia cakap kat aku dia jual air, tapi siap suruh aku belikan daging burger, gula dan mineral water........ aisey Abang, modal mama kena keluarkan ker? Dah tu nak daging burger dari Ramly ajer yang lain-lain brand tak mahu........ Semalam petang terpaksalah aku ke Zemart Enstek untuk membeli barang-barang yang nak dijualnya........ Aku tunjukkan daging burger produk lain, tak mahu dia, dia cakap cikgu suruh beli produk Ramly juga......... cikgu..... cikgu...... nak yang ada nama ajer....... ni cikgu yang nak ke or anak murid yang nak menjual????
 daging burger
 sebahagian dari air mineral water dan gula........
tempat untuk dia orang berniaga nanti........

Aku cakap ngan anak bujang aku (saja-saja nak kenakan dia), nanti duit keuntungan meniaga ibu nak..... ibu yang keluarkan modal...... Anak bujang aku cakap, mana boleh..... duit tu nak masuk ke tabung tahun 6 nanti kita orang nak pergi dinner katanya......... hai abang, banyak program yang cikgu plankan nampaknya........ kopaklah ibu nampaknya........

Hari ini ajer dia orang pergi ke sekolah bawa seorang RM10. Si Adik cakap nak support Abang....... hemmmmmm.......

2 ulasan:

  1. salam ziarah Zana, budak zaman sekarang semakin pintar.. moga menjadi perniagaan mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak sekarang..... ada ajer idea dia orang

      Padam