Isnin, 17 Jun 2013

Bacaan udara tidak sihat di kesan di Linggi

Assalamualaikum,

Waduh2..... apa sudah jadi dengan kampungku? Indeks pencemaran udara (IPU) di Linggi melebihi 100, yang di anggap tidak sihat.

Hope ahli keluarga yang berada di Linggi berada di dalam keadaan sihat hendaknya.... kena kurangkan aktiviti di luar rumah ya!!!



PETALING JAYA: Keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung Malaysia dengan enam kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar.
Pada pukul 11 ​​pagi Ahad, Jabatan Alam Sekitar mengesan bacaan kualiti udara yang tidak sihat bagi Pelabuhan Klang (104), Melaka (129), Linggi (117), Sungai Udang (120), Muar (125) dan Kijal (101) dengan kawasan lain di Semenanjung menunjukkan tahap yang baik dan sederhana.
Pihak berkuasa kesihatan sedang memantau keadaan dan akan mengeluarkan lagi nasihat awam dari masa ke semasa.
sumber : mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan