Assalamualaikum,
Ahad lepas bawa anak-anak bermandi manda kat Sg. Tekala. Sepatutnya semasa balik dari Serting hari Sabtu tu singgah samada kat Ulu Bendul or Jeram Toi, tapi memandangkan waktu dah pukul 6 petang so kita orang terus ajer balik ke Nilai.
Untuk tidak menghampakan dia orang maka hari Ahadnya ke Sg. Tekala. Pergi pun lepas zuhor. Kami tak lama pun kat Sg. Tekala tu coz my hero sibuk nak gi memancing....... Nak bermandi manda kat Sg. Tekala ni sekarang dah kena bayar. Aku tak taulah pulak bila start kena bayar ni, sebab dah agak lama juga aku tak ke Sg. Tekala. Dewasa kena RM1 manakala budak-budak 12 tahun kebawah RM0.50.... oklah harganya tapi toiletnya still jugak kotooooorrrrrrrr.......
sebelum berendam menikmati dulu juadah yang dibawa......
sejuk sungguh airnya walaupun dah petang........
Uih! best nye Zana... saya dah lama tak kesana. Dulu saya sering kesana tiap Sabtu ngan hubby... masa tu orang tak ramai lagi yg dtg kesini. Kami selalu gi sana tangkap udang. Sekarang mungkin dah tak ada lagi kot sebab dah ramai yang berkunjung kat tempat ni.
BalasPadamAda udang ya???
Padam