Assalamualaikum,
Terjumpa gambar lama Pekan Linggi sebelum dan selepas kebakaran dekat FB group Bugis Linggi kalau tak silap aku........ Admin group Bugis Linggi tu sebaya pula dengan aku dan now menetap kat US....... rajin dia duk mengumpul cerita tentang Linggi ni, perihal asal usul Linggi (sejarah Linggi) dan sebagainya......
yang duduk kat Malaysia amnya dan Linggi khasnya pun tak dapat nak cari gambar ni.........
Aku copy dan letakkan pula kat blog aku sebagai kenang-kenangan dan bacaan anak-anak aku satu hari nanti......... LOVE LINGGI.......
inilah rupanya Pekan Linggi dulu-dulu..... ini sebelum kebakaran......
kalau sekarang dah banyak kedai batu dah, dah ada taman perumahan lagi..........
gambar ni mungkin dirakam awal 80 an kot sebabnya Pekan Linggi hangus samasekali dalam kebakaran pada 2 Oktober 1988 (tarikh tu mengikut petikan suratkhabar yang disertakan kat dalam FB tu......) try nak download suratkhabar tu, tak boleh pula..........
ini pula semasa kebakaran....... habis musnah kedua-dua blok kiri kanan kedai tu, tapi hanya ada 2 bangunan kedai ajer yang terselamat, satu dari nya ialah pejabat pos dan satu lagi pasar chakboo...... kenapa terselamat???? sebab tokey pasar tu ada getah penyembur air macam bomba, so dia pam air sungai yang kat sebelah pasar dia tu dan dok sembur kat bangunan pejabat pos dan pasarnya ajer......... macam mana aku tau??? sebab aku tengok kejadian kebakaran ni........ masa kebakaran tu, aku ada kat rumah tengah mandi, hari cuti kalau tak silap aku....... tiba-tiba arwah nenek aku menjerit dari serambi duk mengatakan Pekan Linggi terbakar........ rumah arwah nenek dan arwah mak aku tak jauh dari Pekan Linggi ni, kalau berdiri kat tepi jalan depan rumah pusaka tu nampaklah Pekan Linggi......... aku tengok dekat-dekat kejadian tu..... habis orang kampung semua keluar masa tu........ jammed usah cakaplah sebab jalan ditutup samasekali, nak ke Pengkalan Kempas or Lubuk China tak boleh lalu, api tengah marak........
Satu yang aku tak boleh lupa........ baju yang aku tempah...... habis hangus juga......... bukan sepasang tau..... 3 pasang........ dan tailor tu pun dah tak menetap kat Linggi, tak tau kat mana....... aku suka hantar kat dia, sebab selesa bila dipakai........
Banyak kenangan kat Pekan Linggi ni....... pernah berdating kat pekan ni dulu-dulu (kenangan lama..... en. suami, jangan marah ya!!!!)
Kata tengah mandi habih camna boleh gi tengok dekat-dekat... ko bior betul Zana... hehhehe... musykil ni!
BalasPadamSaya tak pernah sampai Linggi, Zana.
cepat-cepat keluar dari bilik air...... bersiap dulu dan terus gi nengok kejadian tu kak.........
Padamtahun 1988 masih di bangku sekolah...tak pernah sampai lagi ke sini, dengar khabar banyak tempat bersejarah di Linggi ni..
BalasPadamNanti jemputlah datang ke kampung saya....... memang banyak tempat bersejarah kat sini.......
Padamkedai papan sederet ni memang trend pekan dulu-dulu. pekan nilai lama separuh papan separuh kayu dan ada panggung wayang
BalasPadamohhhhh dulu nilai lama tu ada panggung wayang ya!!! hebat......
Padamsalam kenal tuan rumah...folow sini..:)
BalasPadamsalam kenal jua.....
PadamSalam dari Miami Beach, Florida.
PadamThank you for sharing Dear. Kampung kita kan, begitu banyak sejarah nya. Hopefully, our young generation will be proud where they came from and who they are. I'm welcoming them to get to know our Kampung via https://www.facebook.com/pages/Bugis-Linggi-Langkat-Pagaruyung-Descendant-Residents-of-Mukim-Linggi/451504638255350 . P/s Siapa nie.... inbox me ya.
Terima kasih.
NB
Dream Big,
PadamYes our kampung....... I'm Zana anak kepada Cikgu Fatimah, kalau u sekolah kat Sek. Keb. Linggi mesti u kenal my mum...... siapa nie..........
Zana- Kita pergi sekolah same- same kan. Ini Norsham - Of course your mother cikgu saya kan.
BalasPadamMak you cikgu sk linggi ke
BalasPadamSaya pernah tinggal dan bersekolah di SK Linggi. Ibu dan bapa saya juga guru di sekolah tu.... rumah saya sebelah balai polis linggi... rumah dua tingkat yang bawahnya ada kedai. Pindah KL tahun 1975.
BalasPadamCikgu Fatimah juga di gelar Cikgu Yon. Arwah nenek sy kwn dgn Cikgu Yon. Sy sekolah di SKL tp Cikgu Yon x sempat mengajar sy..
BalasPadam