Selasa, 17 Jun 2014

Pasar Kemboja @ Banting

Assalamualaikum,

Ini kali kedua kami kesini...... kali pertama, beberapa tahun yang lepas. Sesampai ajer kat situ kebanyakkan gerai dah nak tutup......... kami lewatlah...........

Pasar Kemboja yang kat Banting ni beroperasi hanya pada hari Ahad dari sesudah Suboh hingga lah ke 12 tengahari ajer........ kalau hang sampai dalam pukul 11.30 pagi pun nasiblah, kadang ada lagi gerai yang masih beroperasi, itu pun tak banyak sebab mereka dah berkemas untuk menutup perniagaan mereka....... macam kami kenalah, sampai-sampai ajer depa dah duk simpan barang dalam van........ melepas nak shopping kat situ........ 

Menurut kawan-kawan aku yang selalu kesitu, harganya oklah dengan syarat hang kena beli borong (banyak). Bolehlah kongsi dengan kawan-kawan kalau nak dapat harga murah......... aku nak compare harganya dengan pasaran kat luar tak berani sebab kedua-dua kali aku pergi kesitu dia orang dah sibuk mengemas untuk balik........ tak sempat akakkk nak membeli........... agak-agaknya dia orang (peniaga) ni tak berminat dengan duit aku kot......... selamat duit akak (selamat duit ker atau hampa tak dapat shopping????) Kali kedua ni aku sampai kat situ dalam pukul 10 pagi tau, tapi dia orang dah sibuk nak menutup perniagaan dengan alasan hari nak hujan katanya............... frust akak tauuuuuuuuuu.........
inilah kawasan perniagaan dia orang.
Terletak di dalam kawasan kampung, kalau first time kesitu memang payahlah nak cari, sesat barat di buatnya..........
kalau nak kesitu hang kenalah pergi ke Kanchong Darat, jalan nak menghala ke Morib.........
lebih senang, sebelum rumah orang tua Misbun Sidek, ada traffic light, belok kanan dan ambil lorong pertama belah kiri, jalan terus hinggalah jumpa Pasar Kemboja ni..........
Kalau terlepas traffic light tu hang jalan depan sikit hingga nampak replika bulu tangkis dan racket badminton (itulah rumah arwah Hj. Sidek) tapiiiiiii kena jalan kedepan sikit hingga nampak simpang pertama belah kanan dan masuklah ikut simpang tu...
lepas tu jalan kedepan hingga jumpa lorong pertama belah kiri dan masuk lorong tu hinggalah jumpa Pasar Kemboja ni..........
selamat mencuba jika ada sesiapa yang area Nilai ni nak shopping..........
antara gerai yang masih belum tutup.......
aku kesini sebenarnya nak cari baju kurung untuk Putri aku tapi kebanyakkannya dah tutup.........
yang tidak ada di dalam list, ni lah yang dibeli......
Line 7
harganya RM20.00
dan sehelai tudung bawal untuk my putri............
lepas dari Pasar Kemboja kami terus lepak-lepak kat Pantai Morib pula.............

6 ulasan:

  1. Sy penah pg sini thun lepas otw balik dari morib. Kitorang panggil pasar ni LITTLE SAIGON...heheh. Sebab kat situ ada kedai jual mihun sup sebijik PHO MEE kat Vietnam tu..seriuss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke Cik Viva? Akak tak jumpa pun kedai jual mihun sup tu....... maybe sebab akak sampai lambat kedai tu dah tutup kot??? Ni nak kena pergi sekali lagi ni, nak try mihun sup tu......

      Padam
    2. Mcam kedai kopi je, tepi parit kat simpang yang mula2. Mungkin akak tak perasan sebab terlindung dek kedai2 baju kot..hehe.

      Padam
    3. Cik Viva, thanks for the info..... nanti boleh cuba......

      Padam
  2. tak pernah gi..ada juga berniaga mcm tu..selamatkan brg2..hujan dah turunn..x sempat akak nak beli terus belah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sempat nak membeli, next time nak kena awal sikit ke situ........

      Padam