Khamis, 28 Ogos 2014

Alhamdulillah, Rombongan Cik Kiah dah selamat sampai di Miri

Assalamualaikum,

Baru ajer terima mesej kat FB yang mengatakan rombongan Cik Kiah seramai lebih kurang 40 orang dah selamat mendarat di Miri Airport. Rombongan ini terdiri dari adik beradik aku, mak-mak saudara dan neighbour my sister yang turut serta ke majlis pernikahan dan persandingan anak buah aku (anak sulung kakak aku). Nikah ngan orang Miri.
upload gambar luggage lagi........
seawal 12 tengah malam depa dah berada di KLIA2. Flight pukul 7 pagi tadi........
Antara mereka-mereka yang berada di dalam penerbangan pagi tadi..........
yang kiri: Mak De, Kakak aku (yang nak menerima menantu tu), adik aku Ita, Mak Su aku yang baru sampai dari Poland tengah malam tadi dan terbang pula ke Miri dan yang akhir tu adik aku blogger Yati....... yang menanti di Miri adik aku yang berkhidmat kat Brunai tu........... 
aku tak follow sebab Putri aku nak menduduki UPSR. aku menunggu majlis di Mantin ajer nanti..........
Flight tengahari ni anak-anak bujang akak aku pula yang akan berlepas ke Miri dan doakan semuga selamat sampai............. Amin............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan