Khamis, 28 Ogos 2014

Kena Culik/Budak Hilang

Assalamualaikum,

Mengigil aku bila anak bujang aku cakap kawan baiknya kena culik. Kejadian ini berlaku pagi semalam, semasa dia orang main bola sepak kat padang belakang perpustakaan Desa Cempaka. Dia orang ini sesi petang, so sebelah pagi tu dia orang pergi main bola dulu sejam dua sebelum ke sekolah.

Yang peliknya, masa budak tu ikut "Ustad" tu sorang pun tak perasan. Dia orang sedar bila nak balik, si Amierul ni tak ada kat padang. Dia orang terus ke rumah si Amierul  dan bertanya pada ibu budak tu kalau dia dah sampai ke rumah. Kecohlah juga pagi semalam kat area Cempaka tu........ Budak tu keluar bermain tanpa bawa sesen pun duit dan handphonenya pun tinggal kat rumah.

Nasib baik "Ustad" tu tak bawa jauh, dia tinggalkan budak tu kat Zemart. Dan kebetulan pula cikgu SMKDC sesi pagi (lepas sekolah sesi pagi) terus ke Zemart dan terjumpa budak ni. Nasib baiklah cikgu sesi pagi tu kenal dia, kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi sebab budak tu macam blurr ajer bila dijumpai............

"Ustad" tu pakai kereta Myvi biru dan orang yang menculik tu macam "Ustad" kata si Amierul.
haaaaaaa inilah budak yang kena culik semalam tu.....
selalu juga dia datang ke rumah aku, sebab dia kawan baik dengan anak bujang aku.........

Dua hari sebelum kejadian ni, ada juga en. suami bagi tahu aku kat Taman kami tu ada 2 orang budak hilang. Dah jumpa ke idak tak tau lah aku..........
sorang hilang masa gi tengok bola kat Seremban dan tak balik-balik, manakala yang sorang tu aku tak pasti pula macam mana puncanya.......
Menakutkan...............
tak habis-habis kes culik ni
tak kan lah sampai la ni si penculik tu tak dapat tangkap, terutama van putih tu.........
ada udang disebalik mee ker???

8 ulasan:

  1. Risau juga akak memikirkan anak2 kita kan zana tak tau macam mana kalau anak kita kena culik kan.. tu la kan akak sebaik mungkin cepat2 ambil mereka balik sekolah.. siap pesan kalau mama lambat tunggu kat pak cik guard tu tau.. jangan tunggu kat bas stop.. akak pun boleh mengigil kalau kes kena culik ni tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang risau dibuatnya.... budak2 ni, kita suruh tunggu kat dalam kawasan sekolah, dia orang gi berkumpul kat luar pagar...... hari-hari pesan tu kak......

      Padam
  2. Risaunya.. tkut sgt skarang. Kt sini pom ada kes cubaan culik.. tp mujur bdk tu smpat jerit.. n tselamat la. Sjk tu ibubapa dh x dibenarkan msk dlm kaw sek. N cikgu akn htr ank murid smpai kt pgr sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah sekolah buat camtu...... rimas dengan kes culik ni.......

      Padam
  3. Geng pukau byk sekrg ni..kalau dah buat laporan polis, akan ada polis yang buat rondaan lepas ni..

    BalasPadam
  4. aduhai kat area nilai pun ada kes culik ya.
    risaunya anak2 aku yg masih bersekolah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya en. bangsawan nilai..... yang kena tu pula kawan baik anak bujang saya...... nasib baiklah tak dibawa jauh budak tu......

      Padam