Assalamualaikum,
Sambungan n3 dari sini.
Dari Klebang kami terus ke Pusat Bandar. Sebelum jalan-jalan kita tunaikan tanggungjawab dulu.
Singgah di Madrasah Al-Hidayah, Kg. Jawa Melaka. Kg. Jawa ni terletak di belakang Jalan Bunga Raya.
Lepas solat kami singgah makan sate botbot (sate tepi sungai, dimana kat situ bot-bot yang bawa pelancung akan menyusuri sungai Melaka tu, sate botbot ni arwah nenek aku yang bagi nama sebab bila bot lalu akan ada satu bunyi seperti botbot dan la ni setiap bot yang lalu dah senyap dah, tak ada bunyi satu pun).
Gerai sate botbot ni dah kembali semula ke tapak asalnya iaitu bersebelahan madrasah tu.... sebelum ni kerajaan Melaka telah pindahkan gerai ni ke satu tempat yang agak tercorok jugalah......
Dalam plan kami memang tak ada nak makan sate botbot ni, sebab kami tau tempat barunya dah jauh tapi rezeki kami hari tu, tengok-tengok sate botbot ni dah kembali ke tempat asalnya.......... apalagi lah ajak en. suami dan anak-anak singgah makan dulu.........
Boleh tahan ramai pelanggannya. Terpaksa menunggu meja yang kosong......
setelah lebih kurang 15 minit menunggu baru dapat meja
senantiasa penuh........
gerai ni betul-betul tepi sungai dan berdekatan dengan jambatan Kg. Jawa
Gerai ni dah besar tapi still kena tunggu meja kosong juga......
kami order
cendol
dulu cendolnya cukup sedap, sekarang ni pahit pula aku rasa...........
rojak
rojaknya pun kurang di tekak aku, tak macam dulu-dulu.....
yang kekal original kesedapannya ialah
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
mee rebusnya.......
memang terbaik.....
en. suami cakap, rasanya masih kekal seperti dulu.........
dan juga sate......
sate pun dah tak berapa sedap di tekak kami.......
tak seperti dulu-dulu......
sedapnya...laparrr..
BalasPadamNohas, nanti bolehlah jelajah Melaka pula...... and cuba makanan orang Melaka pula.
Padamtak pernah sampai ke tepi sungai ni lagi :)
BalasPadamSatu hari nanti bolehlah cuba ke tepi sungai tu
Padam