Rabu, 17 Disember 2014

Ke Majlis Kenduri Kahwin @ Dewan MPS

Assalamualaikum,

Sabtu lepas kami ke Seremban. Ke dewan MPS. Ke majlis perkahwinan anak sepupu en. suami.

Kami sampai agak awal tapi tak terus ke dewan MPS tau, kami terus ke Prima Mall (Prima Mall or Palm Mall ha? tak pastilah)  yang dulunya adalah Seremban Parade. Jalan-jalan situ dulu dan dah rasa lapar baru ke dewan (baik punya sepupukan!!! bukannya nak menolong, boleh gi window shopping lagi tu!!!)

Kami jelajah dari satu floor ke satu floor - hinggalah ke tempat bowling...........
sekarang ni dah malas nak keluarkan kamera
suruh ajer anak-anak snap dari smart phone dia orang.....
ni kat ground floor, nampak subway, 
nak singgah tapi teringat pula yang kami akan ke majlis perkahwinan so cancel hajat nak makan subway, next time ok......
sekarang dah ada escape room kat Prima Mall ni
nak tau apa escape room tu, sila lah ke pakcik google ya!!!!
harga untuk seorang dalam RM32 ke RM36, kalau hari cuti harganya jadi RM36 seorang....
lepas tu kami ke Bowling
banyak kenangan kat sini masa aku bertugas dengan KBB Seremban dulu......
 dan bila perut dah lapar barulah ke Dewan MPS
jumpalah segala sepupu sepapat belah ayah en. suami.
ada yang datang dari Kota Bharu, yang lama dah kami tak jumpa.......
jumpa juga cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu.....
sepupu en. suami ni suami isteri adalah cikgu (yang lelaki dah pencen)
 makanannya sedap juga
caterer dari Bangi
 cendol, terlalu manis......
 rojak buah
 buah-buahan
 pengantin.
dari dewan MPS kami terus balik ke rumah MIL
tapi sebelum tu kami singgah tengok homestay yang baru di buka kat Kuala Sawah, Homestay Hj. Sulaiman
 chalet kayu ni tengah dalam binaan lagi
chalet batu dah siap tapi tak pula disnap gambarnya........
orang bujang aku tu kena gigit dik kerengge........
chalet-chalet ni berhadapan lombong tinggal yang dah dicantikkan.......

Sunday pun ada jemputan kenduri, nak tau kat mana.........
tunggggggggguuuuuuuuuuu.........

4 ulasan:

  1. seremban prima rasanya kak..dlu seremban parade kan? tempat soping mudo2 dlu...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya dulu Seremban Parade. confius lah cik viva diantara prima ngan palm mall tu.......

      Padam
  2. masa kenduri lah dapat berjumpa ramai saudara mara...dari KB, jauh tu..cuti sekolah, senang nak berjalan...

    BalasPadam