Selasa, 2 Disember 2014

Kenduri Akikah

Assalamualaikum,

Ini cerita lama dah basi dah........

Pergi kenduri akikah cucu kepada salah seorang pensyarah kat faculty aku. Tarikh tak ingat dah, dah lama sangat. Sebab kesibukkan dengan event for students so tak sempat nak upkan n3 majlis akikah ni. kalau tak silap aku end of October atau pun awal November yang lalu. Grand majlis kenduri akikahnya........

Anak-anak aku panggil lecturer ni Tok Rahman, dah berumur dah orangnya dan bekas pengarah di DBP dan dia pun kalau bercakap ngan anak-anak aku membahasakan dirinya Tok........ Tok Rahman nya ni siap suruh anak-anak aku ni datang awal ke rumahnya kalau nak makan kambing golek. Menunya pada hari tu selain 2 ekor kambing golek ada juga nasi dengan lauk-lauk kampung, laksa dan berbagai lagi......... aku tak sempat nak merasa laksa sebab perut dah full sangat............
kambing golek
puas betul anak dara aku melantak kambing golek ni, nasi langsung tak disentuhnya.........
nun dihujung khemah tu lah tempat kambing golek
kuih koci nya sungguh sedap..........
tu sebab laksa dah tak boleh masuk.........

2 ulasan:

  1. laksa n kambing golek...favourite tuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa tu favourite tapi dah tak boleh nak sumbat lagi...... Full

      Padam