Isnin, 9 Mac 2015

Pertandingan Kawad Peringkat Sekolah

Assalamualaikum,

Si DIA masuk pertandingan kawad. DIA mewakili Pasukan Beruniform Pandu Putri. Hari - hari DIA berlatih kawad dan muka pun dah naik gelap dah. Sabtu lepas adalah hari kemuncaknya........

Sayang seribu kali sayang aku datang terlambat sikit so tak dapat lah ambil gambar dia tengah berkawad. DIA cakap ngan aku pasukannya yang ke tujuh masuk untuk bertanding so aku agak-agak dalam pukul 11 pagi baru dia mula tapi sebaik ajer aku sampai pasukannya baru habis kawad........ sorry lah sayang mama terlambat.........
before dia pergi ke sekolah, kasi dia sarapan dulu
 kalau tidak kang pengsan pula kat tengah padang
dekat pukul 2pm baru habis pertandingan kawad ni...........
6.40 pagi dah sampai kat sekolah
lepas hantar DIA aku balik dulu.......
siapkan kerja rumah apa yang patut........
sempat berposing lagi tu.......
yang depan tu ketua platun dia orang
latihan terakhir sebelum bertanding
2 gambar kat atas tu pengadil sedang membuat semakan/memberi markah tentang keseragaman pakaian, tudung, rambut dan sebagainya seperti letaknya lencana di tempat yang betul or not dan macam-macam markah lagi lah.........
Aku sampai sekolah waktu pasukan putra kadet remaja sekolah tengah bertanding kawad
so ini ajerlah yang dapat aku snap.......
sekeping lagi gambar KRS (putra) yang tengah berkawad.......

gambar-gambar kat bawah ini adalah pasukan-pasukan beruniform yang masuk bertanding
Gerak masuk ke padang kawad untuk menunggu keputusan 
 pasukan pengakap 
dapat tempat kedua kawad putra
pasukan bulan sabit merah (putri)
tempat kelima kawad Putri
pasukan kadet remaja sekolah (putri)
Johan kawad pasukan beruniform Putri
kadet polis
tempat ketiga (putri)
bulan sabit merah (putra)
tempat ketiga
putri islam
tempat kedua bahagian putri
pasukan beruniform pandu putri
hanya dapat tempat keempat
jangan kecewa anak - anak pandu putri
 anda semua dah buat yang terbaik tahun ni
keputusan pun bagus dari tahun lepas
cuba lagi tahun depan ok........
adat bertanding, mesti ada yang menang dan kalah..........
kadet polis putra
tempat terakhir bahagian putra
kadet remaja sekolah (putra)
Juara bahagian putra
tengah menunggu keputusan di bawah terik matahari
Juara Pasukan beruniform akan mewakili SMKDC ke peringkat Daerah pula.......
Kadet Remaja Sekolah, putra dan putrilah yang akan mewakili sekolah ke peringkat Daerah...........
Pengetua SMKDC sedang merasmikan penutupan pertandingan kawad pasukan beruniform SMKDC

ohhhhhhh my Putri Ain Najwa,
Jangan kecewa........
cuba lagi tahun depan............


putihkan kulit tu dulu sayang, dah gelap sangat mama tengok muka tu........

4 ulasan:

  1. betul tu, kalah menang adat pertandingan, yang penting kita aktif dlm ko-kurikulum..

    terer betul kadet remaja sekolah..putra putri jd juara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawad dia orang memang cantik.
      Hentakkan kasut dia orang tu yang mendapat markah penuh.
      Jurulatihnya panggil orang luar untuk mengajar dia orang..

      Padam
    2. tak aci lah mcm ni kan..jurulatih import..tak terlawan lah mcm ni..setiap tahun jd juara nampaknya..

      Padam
  2. dah 2 tahun berturut-turut dia orang juara

    BalasPadam