Isnin, 10 Ogos 2015

Raya Ke 23

 Assalamualaikum,

Sabtu lepas gantung periuk. Cukup banyak jemputan open house dan kenduri kahwin........ Pergi mana yang dapat ajer. Kenduri kahwin kat Taman Desa Ria Nilai 3 tak dapat pergi sebab kami nak ke area Klang dan Shah Alam. Malas nak patah balik sebab kami ikut jalan Klang Banting.

Open House Pertama
Neighbour kat lorong aku, selang 2 rumah ajer dari rumah kami. Tak pergi melampau pula kan??? So kami pergi sekejap sebelum bertolak ke Klang. Menu kat rumah dia Nasi Tomato, Laksa dan kuih muih. Kami hanya ambil laksa dan minuman ajer. Laksa tu pun kongsi ajer, sebab nak sampai Klang sebelum pukul 1 tengahari. Gambar pun lupa nak snap.

Open House Kedua
Open House Kedua kat Taman Andalas. Rakan sekolah en. suami. Ramai juga rakan-rakan sekolah S M Rantau pergi ke Klang hari Sabtu lepas. Menunya masakan kampung, laksa dan berbagai lagi.
antara makanan yang dihidangkan
antara yang hadir

Open House Ketiga
Yang Ketiga ni kat Shah Alam. Rakan sebaya en. suami semasa di SM Rantau jua. Dia tak buat kat rumahnya. Dia buat jamuan hari raya ni kat kawasan kilang nya di Kawasan Industrial Taman Megah Shah Alam. Sesat barat, pusing berkali-kali seksyen 27 tu tak jumpa jumpa kawasan industrial Taman Megah ni...... Tanya orang tak ada yang tahu kawasan industrial ni, ada tu cakap kawasan industrial kat Seksyen 23. Kami tanya pak polisi juga pun tak tau juga kat mana kawasan industrial ini. Pusing punya pusing at last jumpa juga.
ada kambing golek, tapi kami tak jumpa lah kambing yang sedang di panggang. Hanya tinggal yang dah siap dipotong-potong.........
ada sate
yang dalam pinggang satu lagi tu lah kambing golek
ada laksa juga dan nasinya nasi hujan panas

Sebelum bergerak balik kami singgah sembahyang Asar di masjid Seksyen 27.

Lepas solat kami gerak terus ke HUKM, visit my BIL kat HUKM. Major operation pada selasa lepas dan masih di ICU lagi......  After Maghrib kami gerak balik dan singgah Giant Kajang untuk mencari seluar slack untuk sukan tahunan my Putri. My putri ambil bahagian di temasya sukan sekolahnya kali ini.

Lepas settle barang yang di cari kat Giant kami terus balik ke Nilai. Tak terus balik ke rumah, kami ke Enstek ada juga jemputan open house.

Open House Keempat
Ini kawan en. suami juga. Ini komuniti penduduk lorong tempat tinggal tu yang buat. Kebanyakkan kat situ adalah kawan-kawan en. suami semasa kerja dengan KLIA dulu.......
menunya Nasi Hujan Panas juga
kuih muih
lemang pun ada
malam sebelum tu en. suami tolong membakar lemang 130 batang sehingga pukul 5 pagi...........
ada persembahan lagi
ada juga yang menari sakan
 lagi gambar depa

2 ulasan:

  1. Huh! puasnya makan macam2... saya miss semua raya tahun ni.

    BalasPadam
  2. Kalau ikutkan memang puas kak, tapi kena beringat tentang kesihatan........ tak boleh nak melantak ajer.....
    Tahun ni miss raya tak apa tahun depan boleh beraya sakan dengan anak-anak yang telah berjaya..... raya akak tahun ni lah yang paling sweet sebab anak konvo, melihat kejayaan anak.......

    BalasPadam