Isnin, 3 Ogos 2015

Raya Keempat

Assalamualaikum,

Raya Keempat kami berkumpul pula di rumah Abang kami di Serting.

Seperti biasa untuk raya kali ini satu gambar makanan pun tak disnap. Kenapa ya???
Kat rumah Along aku kita orang makan masakan selera kampung. Ada gulai telur itik campur belimbing, gulai udang campur peria, gulai tempoyak, ikan goreng dan sambal ikan bilis cili api kalau tak silap aku.

Kami sekeluarga sampai-sampai ajer terus makan, sebab kami sekeluarga yang last sekali sampai....... Yang lain-lain dah makan dulu.......

Lepas makan Along kami jamu makan durian Jelebu pula....... selain durian ada juga rambutan keliling rumahnya........ siap bungkus bawa balik buah rambutan tu..........
tak cukup korum jugak ni......
adik-adik yang lelaki tak follow kami beraya ke Serting ni 
dan juga adik perempuan aku yang kat Nilai tu pun tak follow ke Serting ni..............
sorry gambar kabur.........
sekeping lagi...........
macam-macam style akak shira bergambar.............
anak-anak sorang pun tak ada yang bergambar sama
anak-anak leka bermain sesama dia orang.....
berkejaran, kawasan luas..........

2 ulasan:

  1. seronokkan kumpul ramai2 camni...
    menu tu semua sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahun sekali Lya........ bila berkumpul memang riuh.....

      Padam