Khamis, 17 September 2015

Cuti Hari Malaysia Kami

Assalamualaikum,

Cuti Hari Malaysia kami hanya pergi makan-makan kat rumah my sis kat Mantin......... Kumpul adik beradik perempuan ajer. Menziarahi BIL yang dah lepas operate dan anak buah yang ada balik bercuti dan Isnin ni dah nak balik Jepun dah.........

So tak kan nak pergi bawa perut ajer kan, jadi dengan rajinnya pagi rabu tu aku memasak gulai tempoyak. Daun-daunnya dah ku racik halus-halus pada Selasa malam..........
masa tengah mengulai ni suruh my putri snap dan hantar ke group whats app Sista
masing-masing ada bawa buah tangan ya!!!
penuh dua meja dengan lauk pauk.....
ada ikan tenggiri masak asam pedas, sambal tumis sotong, telur asin,  ulam ulaman, sambal belacan, gulai tempoyak, tempe goreng, ikan goreng, sambal terung dan urap.
dari sudut lain.......
ni tangan si Danial, budak yang terlalu aktif........
sesi menyendok lauk pauk............

En. Suami kena kerja semalam, so aku 3 beranak ajer yang ke Mantin.........

4 ulasan:

  1. Seronoknya zana berkumpul gini dan buat potluck...

    BalasPadam
  2. sekali sekala kak...... tu pun ada yang tak dapat joint juga...

    BalasPadam
  3. daun-daun apa yg dimasak tempoyak tu?? sedap2 menunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nohas, daun-daun yang biasa we all guna ialah pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu dan juga serai.....
      Gulai tempoyak daun ni kan famous kat Perak?

      Padam