Rabu, 30 September 2015

Cerita Hari Raya Aidil Adha Kami - 1

Assalamualaikum,

Tahun ni rumah pusaka kami tak buka sebelum raya. Ianya hanya dibuka pada hari raya ajer, itu pun sampai 6 petang......... Kami semua gerak balik ke kampung selepas sembahyang raya, itu pun tak terus balik ke rumah pusaka. Kami singgah dulu kat rumah Tok Long, serbu kat sana sebab my kakak, my adik perempuan dan adik lelaki buat korban tahun ni.......... Rumah Tok Long kami ni tak lah jauh dari rumah pusaka kami.......
Yang duduk atas kerusi, berbaju merah tu lah Tok Long Kami
kami bersarapan kat rumahnya
makan nasi lemak...........
Sembelih lembu korban kat belakang rumah Tok Long ajer
nampakkan orang ramai kat situ, sedang sibuk nak menyembelih lah tu........
3 ekor kesemuanya kat situ.........
yang sedang melapah daging (baju T Biru) tu raya sorang tahun ni........
wife training inspector.........
Tok Cu dengan anaknya
Tok Cu lelaki dengan suami adik
Iemran dengan kaki lembu
dah buat sup belum???

lepas jengok-jengok kat tempat orang menyembelih, kami balik ke rumah pusaka
buka rumah dan operasi mengemas rumah bermula
selepas menyapu, mengemop dan vacuum rumah 
baru mula menyediakan kudap-kudapan untuk anak-anak
1st Menu Sandwich.......
licin.........
dah tinggal seketul baru teringat nak snap........
sila abaikan gambar yang dah kena gigit tu............
lepas tu
kita buat pula Steamboat
gambar dekat sos nya tak ada pula

Menu akhir kami kat Linggi pada Hari Raya Aidil Adha tu ialah
Spaghetti
memang makan ajer kami pada Raya Pertama tu........
tu belum sup tulang, rendang daging, rendang hati, limpa dan lampung serta gulai perut lemak cili api dengan rebung......
makanan-makanan yang berasas kan daging ni kami buat kat Bandar Sri Sendayan, belah malam pula....... cerita nya menyusul kemudian.........

Seperti yang aku ceritakan di awal n3 ni bahawa rumah pusaka hanya dibuka sehingga pukul 6 petang, selepas tu kami semua berpindah pula ke Bandar Sri Sendayan, rumah adik.......
Adik aku dah balik dulu kerumah dia ya, sebab dia nak merendang, buat sup dan sebagainya.......
yang lain-lain menyusul kemudian, untuk menolong memasak......

6 ulasan:

  1. Tiada yg tinggal dirumah pusaka tu ye Zana..
    Meriah dengan makanan utk raya ni kan..
    Semuanya berasas daging jer lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Yati, rumah tu tiada siapa yang tinggal...... tiada siapa yang nak duduk kampung. Buka pun bila ada kenduri kendara or raya.

      Padam
  2. sedapnya steamboat..lepas tu spaghetti pulak..lepas tu rendang pulak..Alhamdulillah, rezeki..

    BalasPadam
  3. Ai sedapnya gulai lemak perut dengan rebung... saya pun suka rendang campur-campur...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah walau semua dah kawin ada anak masing2.. tapi bila raya blh lagi blik rumah pusaka.. seronok nyer.. :D

    BalasPadam
  5. dapat berkumpul dirumah pusaka seronok juga sambil mengingat cerita2 lama...

    BalasPadam