Assalamualaikum,
Sabtu lepas kami ke majlis pertunangan anak Kak Biah di Nilai Impian. Kak Biah ni sepupu en. suami.
yang bertunang Sabtu lepas yang duduk tengah-tengah tu.....
yang mengapitnya tu pun dah bertunang. Kesemua (2 lelaki dan 1 perempuan) tu adalah anak buah en. suami.
yang baju kemeja kelabu dan yang tudung merah tu majlisnya nanti pada bulan Disember 2015 manakala yang baju melayu biru tu bulan April 2016 di belah lelaki dan bulan March di belah perempuan di Terengganu.
Yang bertunang sabtu hari tu (yang baju hijau) majlisnya pada bulan May 2016. Ini semua majlis belah en. suami dan belah aku pula (anak my sis) pada bulan Januari 2016........
berderet kau tiap-tiap bulan bermula dengan bulan Disember ini...........
Hari tu, saja-saja ajer berdiskusi dengan adik aku blogger Yati tentang berapa pasang baju yang nak disiapkan untuk majilis anak buah aku, maklumlah my kakak akan buat 2 pasang pengantin jadi baju untuk hari Nikah anak perempuan, baju untuk hari Nikah anak lelakinya dan baju hari lansung belah my kakak dan juga majlis sebelahnya pula........nampak tuuuuuu berapa banyak yang nak disiapkan kan!!!! itu belum campur dengan majlis belah en. suami!!!!!
ohhhhhh tidak, tidak mampu der..........
ohhhhhhhh nampak gayanya dengan nilai ringgit yang makin susut, kenalah pakai baju yang sedia ada ajer kan.........
oklah berbalik pada cerita hari Sabtu hari tu yaaaaa..........
sajer ambil gambar ni......
banyak betul pokok pokok ni kat rumah kak biah......
suka betul dia dengan pokok pokok ni
rumah dah lah selalu tinggal.........
ohhhh ya kak biah ni tak menetap kat sini, dia menetap kat Jakarta
balik sekali sekala ajer.........
anaknya pun tak ramai, hanya 2 orang ajer.......
yang tengah tengah tu kakak sepupu en. suami, kakak kepada tuan rumah
bergambar kat kolam ikan
gambar lauk pauk lupa nak snap
sebahagian daripada kuih muih
ada juga stall ABC dan Cendol
ada juga door gift walaupun ni hanya majlis bertunang
untuk budak-budak gula-gula diletakkan di dalam purse batik indonesia......
cantikkkkkkkkkk
lupa juga nak snap gambar
pelamin bertunang
hantaran dari belah lelaki
banyak juga hantaran yang dihantar oleh lelaki
yang balasan dari perempuan lupa juga nak snap.........
berderet kenduri anak buah...betul tu, pakai baju yg sediada, tambah dua, tiga pasang lagi..
BalasPadam