Khamis, 22 Oktober 2015

Cerita Cuti Hari Raya Aidil Adha Kami - 2

Assalamualaikum,

Selepas mendobi dan solat Jumaat bagi yang lelaki sepatutnya kami gerak ke Port Dickson untuk bermandi manda walaupun jerubu yang amat ketika tu. Janjinya lepas solat Jumaat nak bertolak tapi adik aku yang lelaki tu punyalah lambat sampai dari kampung maka lepas Asar baru gerak ke PD maka anak-anak hanya dapat berendam sekejap ajer........ Pergi 2 kereta. En. suami tak pergi sebab dia tengok adiknya yang warded. Aku tumpang adik aku ajer...
yang baju merah tu anak dara adik lelaki aku
yang baju hitam tu anak dara adik perempuan aku 
dan yang menghadap ke laut tu anak dara aku
anak-anak dara ni sorang pun tak mandi
yang mandi hanya yang bujang-bujang ajer.......
dia orang hanya duk main-main ajer
yang hero-hero tu semua kat dalam air
yang bujang sedap ajer duk berendam
tak ingat lansung baju tukar tak bawa
yang tak bawa baju tukar tu anak bujang aku dan si Daniel......
terpaksa beli kat gerai tepi pantai tu......
lepas maghrib kami gerak balik dan kononnya nak singgah makan kat area PD tu tapi kebanyakkan gerai makan malam tu dah habis bahannya........
so malam tu hanya makan KFC dan Pizza ajer
itupun beli kat S2 dan makan kat rumah ajer
malam tu adik ipar aku buat sambal ikan bilis untuk sarapan nasi lemak pada pagi sabtu tu.......

2 ulasan:

  1. Terisi juga jalan2 aidiladha tu ke PD ye Zana..
    Memang anak lelaki jer yg suka mandi manda..
    Perempuan rasa leceh nak tukar baju tu..

    BalasPadam