Jumaat, 2 Oktober 2015

Cerita Hari Raya Aidil Adha Kami - 2

Assalamualaikum,

Sambung balik cerita hari raya aidil adha kami. Sebelah pagi kami kat kampung kan, so sebelah malamnya pula kami adik beradik dan Maksu kami anak beranak ber punggah pula kat rumah adik aku kat Bandar Seri Sendayan. So kat rumah adik aku menunya semua berasaskan daging. Iaitu daging korban. Ada rendang daging dan juga rendang limpa, hati dan lampung. Yang rendang daging tu untuk budak-budak, sebab dia orang tak makan benda dalaman. Jadi terpaksa buat 2 rendang.

Ada sup tulang juga dan perut masak lemak cili api.

Kakak aku yang kat Mantin tu pula bawa Laksa Sarawak (menantu Sarawaknya yang buat), ketupat palas dan rendang ayam......
ahli keluarga aku
riuh rumah dibuatnya, nasib baiklah belah kanan rumah adik aku masih kosong lagi........

anak-anak kerjanya keluar masuk ajer.
kejap kejap ke taman permainan.
taman permainan depan rumah adik aku ajer
malam-malam pun pergi main futsal....

ada kejadian yang tak diingini terjadi malam tu
kemalangan kecil
nanti aku story kat next n3 ya.......... itupun kalau ahkak tak busy lah....... 
la ni tengah sibuk menyiapkan segala dokumen untuk di audit next week..........
sementara menunggu makanan terhidang dia orang duk lepak-lepak dulu

4 ulasan:

  1. bestnya..berkumpul adik-beradik sambil makan2..

    nakk laksa sarawak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, tapi kena tunggu tukang masak lepas bersalin lah.

      Padam
  2. Untung bila ahli keluarga ramai.. bila berhimpun penuh rumah habis riuh suasana..

    Salam kenal ya.. :D

    BalasPadam
  3. seronok dapat berkumpul ramai2 macam tu...meriah je rasanya

    BalasPadam