Anak bujang aku bergerak ke Shah Alam pada petang Jumaat selepas solat Asar, dia orang kena berkumpul di sekolah dulu..... 2 buah bas yang membawa mereka (kontinjen-kontinjen) SRAI Salak Tinggi ke Shah Alam dengan diketuai oleh Chef de Missionnya, Mr. Masrizan dan guru-guru pengiring.
Tempat penginapan dia orang di SRAI Sek. 7 dan SRAI Sek. 19. Ini adalah karnival sukan SRAI-JAIS Selangor sahaja (anak-anak yang menuntut di Sek. Ren. Agama Integrasi dibawah pengelolaan Jabatan Agama Islam Selangor). KAFA dan lain-lain sekolah Agama di Selangor tak termasuk dibawah Sekolah Integrasi yaaaaaaa.
Anak bujang aku menginap di SRAI Sek. 19. Acara sukan dia orang hanya bermula pada hari Sabtu dan Ahad. Ahad juga adalah hari penutupan sukan itu.... Seawal 7 pagi dia orang mesti berada di lokasi-lokasi perlawanan. Anak bujang aku bermain acara Futsal dan gelanggang perlawanan dia orang di Wembley Futsal kat Section 17.......
bas yang membawa mereka ke Shah Alam
bergambar dengan kawan-kawan sebelum menaiki bas..... tengoklah beg masing-masing.... kena bawa toto dan bantal sekali...... almaklumlah dia orang ni tidur kat sekolah ajer.......
bergambar dengan kawan-kawan sebelum menaiki bas..... tengoklah beg masing-masing.... kena bawa toto dan bantal sekali...... almaklumlah dia orang ni tidur kat sekolah ajer.......
beratur untuk diambil attendance........
sedang menyumbat beg masing-masing ke dalam perut bas..... macam nak pergi lama ajer......
bas ni terus pergi ke Seksyen 19.......
bas sekolah ni pula terus ke Seksyen 7......
tak sangka aku, ramai parents yang hantar anak masing-masing ke sekolah petang tu ...... ada yang sanggup ambil cuti half day termasuklah aku...... beri sokongan pada anak-anak..........
putriku yang frust tak dapat pergi...... tulah mama suruh berlatih betul-betul badminton hari tu tak nak...... haaaa bila orang semua dah naik bas baru frust..... tak apalah adik, tahun depan adik boleh cuba lagi.... harap-harap bila latihan badminton tahun depan main betul-betul and make sure tak hilang lagi racket yerrrr...... Hilang racket Yonex aku........ pandai pulak orang yang ambil racket tu, yang murah dia tak ambil, dia ambil yang mahal punya....... geram aku....... pada mak saudara Najwa di Brunai tu, kalau balik ke Malaysia nanti bawakkan satu racket untuk Najwa yaaaaaaaa........ bas bergerak meninggalkan perkarangan sekolah SRAI Salak Tinggi dalam pukul 5.30 petang dan dalam pukul 6.30 petang, anak bujang aku talipon dan menyatakan yang dia dah sampai kat Sek. 19 Shah Alam...... laju betul bas tu..... dalam sejam dah sampai......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan