Ke Bagan Lalang lagi, ke tempat makan favourite akulah......SENANDUNG MALAM........... tapi sayang tak dapat makan kat Senandung Malam sebab malam Isnin hari tu , Senandung Malam full house.... aku ingatkan malam tu tak ramai orang sebab keesokkannya adalah hari Isnin, orang dah mula nak bekerja...... tak ada langsung meja yang kosong, kalau nak juga makan kat situ kena tunggu....... kita orang sampai Senandung Malam dalam pukul 8.30 malam sebab kita orang singgah Maghrib kat Masjid Sungai Pelek dulu........ punyalah ramai orang dan kebanyakkan meja aku tengok belum ada lagi makanan yang sampai dan yang beratur untuk memilih makanan laut punyalah panjang...... aku demam sejak dari hari Jumaat so selera nak makan dari hari Jumaat tu kuranglah, tu sebab aku beria-ria ajak mr. hubby ke Senandung Malam, aku nak makan ikan bakar yang dicicah dengan sambal kicap yang marvellous tu.... tapi hampa...... kalau nak tunggu sehingga ada meja yang kosong kang berkurun pulak, perut dah berkeroncong............. nak tak nak terpaksalah ke kedai lain....... so malam tu kita orang pergilah makan ke HM Sri Bagan....... aku tak berapa suka makan kat sini, sebab dia punya sambal cicah ikan bakarnya tak sedap di tekak aku, pelayan-pelayan kat situ sombong-sombong pulak....... dan yang paling utama harga makanan kat HM Sri Bagan ni mahal, kalau dicompare dengan Senandung Malam...........
Malam tu aku order Kailan Ikan Masin, Pari Bakar, Pepahat Masak Bercili, Lala Masam Manis, Sotong Goreng Tepung, Otak-Otak , Teh O Ais, Air Suam (untuk aku), Teh Ais, Milo Ais, Air Tembikai dan Air Tin (100 plus untuk aku.... sebab badan aku lemah masa tu..... sebab belah siangnya aku kena diarrhoea)......... semua tu harganya ialah RM83.10..... kalau aku makan kat Senandung Malam tak pernah sampai macam ni harganya........ sebab apa yang aku order kat HM Sri Bagan ni sama ajer yang pernah aku order kat Senandung Malam....... kalau kat Senandung Malam, RM83.10 tu termasuk sekali ikan siakap tiga rasa tauuuu........... sorrylah ya, sebab lupa nak ambil gambar masa makanan sampai, tak ingat nak snap gambar sebab masing-masing dah kelaparan...... so korang tengok ajerlah kulit lala, kulit pepahat tu........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan