Isnin, 30 April 2012

Benteng Seremban

Semalam, on the way balik ke Nilai from Kuala Sawah, aku singgah di Benteng Seremban...... kalau ke Benteng apalagi, suplah tempat dituju.........
Selain sup kami order mee goreng mamak dan aku pula makan nasi minang........ Mak aiii, nasi minang tu mahal sungguh..... aku ambil telur asin separuh dan ikan talapia goreng sambal minang, harganya RM6.00..... mengcekik darah betul tokey tu........ patutlah gerainya tak ramai orang..........
kami order sup ayam....licin........ sekarang harga semangkuk RM3.00.....
mee goreng anak-anak.......
                              nilah gerai sup tu..... bersebelahan dengan gerai Nasi Minang tu........
gerai nasi minang...........
Kami sekeluarga ke sini lagi...... ni kali kedua kami makan malam kat sini.....
kami ker Downtown KLIA, ker Chinese Muslim Cuisine........ owner restaurant ni ialah seorang Melayu Islam ya!!! Dr........ (apa ntah, tak ingat aku namanya.....dan menetap di Sg. Ramal, Kajang....... malam tu ownernya ada dan siap berborak ngan mr.hubby)
Actually mr. hubby ajak makan malam kat Bagan Lalang, tapi aku cakap kat mr. hubby aku teringin sangat nak makan deep fried squid with salted egg, so terpaksalah dia ikut kehendak aku..... hehehe......
nilah rupanya deep fried squid with salted egg.... sedapppp....
yang ni aku lupa namanya.........
yang ni kerapu sweet sour..... aku ngan mr.hubby ajer yang melantak ikan ni..... Adli, sorrylah..... dia tak sentuh pun, dia cakap kalau ikan siakap, abang makanlah...... Najwa hanya ambil sikit ajer sebab dia leka melantak sotong dengan tauhu tu.......

Rabu, 25 April 2012

Nasi Briyani Gam Ayam Merah, Lunch aku hari ni.....

Macamana nak diet niiiii...... makan ajer kerjanya........
Oh ya!! tadi aku ke klinik kesihatan Salak Tinggi, pergi ambil ubat ajer...... after that, aku pergi lunch kat NAN Briyani Gam Johor....... try kat sini coz mr.hubby cakap sedapppppp....... mr.hubby pernah pergi makan kat sini with his officematenya........ NAN Briyani Gam Johor ni sederet dengan Klinik Kesihatan Salak ya!!!!! Bagi tekak aku biasa-biasa ajer....... aku rasa sedap lagi Nasi Briyani Masjid Lama Nilai.......... dah lama aku tak kesana dan dengarnya sekarang Nasi Briyani Masjid Lama Nilai ni tak beroperasi lagi kat situ..... dia dah pindah ke Desa Jasmin.......
sesampai ajer di office, tengok kat atas meja aku ada BIG APPLE....... makan lagiiiiiii....... terima kasih kepada yang memberi ya!!!!!!

Selasa, 24 April 2012

IEP Satay Party

That day aku promise nak tempelkan gambar-gambar joget lambak once aku dah dapat gambar dari photographer kami......... so silalah layan gambar-gambar tu ya............
persembahan joget lambak dari Malay Culture Society....... diundang khas ok...........
para audience juga di paksa berjoget lambak....... Lecturer pun kena sama........ 
tengoklah students dari Afrika tu..... dia orang pun bukan main lagi berjoget lambak........ gamat dewan dibuatnya........ Token of appreciation from IEP committee untuk Malay Culture Society disampaikan oleh Head of Languages Department........
cendol yang marvellous.......
tuan rumah nak jugak menempelkat sini........
menikmati satay and cendol........ awatlah nampak gemukkkkk.........
tayang kasut ker????

Isnin, 23 April 2012

Bubur Lambuk

semalam aku buat bubur lambuk coz mr. hubby masih tak sihat lagi..... mr. hubby demam since hari Khamis.... resepinya aku ikut arwah nenek aku punya!!! sebaik sajer masak bubur aku tu, putriku dah datang bawa mangkuk and 3 kali tambah lagi....... masa ayahnya makan, dia pun duk joint lagi....... lepas tu bising, perut dah buncit........
aku tanya putriku, sedap ke bubur mama tu???? dia cakap sedappppp...... sedap dari Surau punya!!!! Yalah sayang, siapa lagi yang nak puji masakan mama kalau bukannya anak-anak mama....... but for my hero, kalau bukan kegemarannya memang susah sikit...... hero aku ni cukup cerewet kalau bab-bab makanan...... dia hanya makan semangkuk ajer....... untuk makan malam tadi, aku masak lala sweet sour dan seperti biasa, heroku tak akan menyentuhnya sebab lala tu bukan makanan kegemarannya.... so aku gorengkanlah ikan untuk dia........ cukup cerewet heroku ni.......

Souvenir from Sabah

Aku dapat gift ni pagi tadi.... one of the lecturer in our School yang bagi......
Terima kasih daun keladi, kalau pergi vacation lagi jangan lupakan akak ya!!!!

Jumaat, 20 April 2012

IEP Satay Party

Semalam our IEP (Intensive English Programme) students telah menganjurkan Satay Party dan ianya telah disupervise oleh our Senior English Lecturer, Mr. Vijay. Party ni among IEP students and lecturers from School of Humanities and Social Sciences sahaja.... walaupun aku bukan lecturer, tapi aku dijemput atas kapasiti sebagai personal assistant to the Dean..... mestilah dia orang kena jemput aku, kalau tidak exam docket and result tak dapat nanti (baik punya ayat...... tak ada masa aku nak ugut-ugut dia orang ni der!!!)....

Party ni bertujuan untuk memperkenalkan makanan-makanan Malaysia kepada IEP students ni sebab 100% dia orang ni adalah foreigner..... untuk kali ni kami pilih sataylah.......... last semester kami buatkan Fruit Party untuk dia orang.......

Satay ni kita orang order dari Chef Rafan, lecturer dari School of Hospitality dan dibantu oleh hospitality students dalam part bakar membakar.........

petang semalam hujan agak lebat jugak...... Chef Rafan cakap, hujan lebat ni disebabkan satay tu dibakar/dikipas oleh student cina........ selalu satay dibakar dek Melayu..... hehehe

nilah tukang bakar satay tu.....
dan tukang menyusun nasi himpit.....

bekas untuk cendol...... hujan-hujan minum ais.........

Mr. Vijay........




ada juga persembahan Joget Lambak dari Malay Cultural Society tapi aku tak dapat nak snap gambar coz aku punya kamera pun berjoget lambak (gegarlah......) kalau aku dapat gambar dari our photographer aku akan tempelkan nanti........

Rabu, 18 April 2012

Drama...Drama.....Drama......

Mano Maniam @ Nilai University College.......

Dia datang last Thursday and dia adalah salah seorang tenaga pengajar (part time) di NUC untuk subject Theatre...... subject theatre ni baru di offered di NUC dan ianya adalah elective subject..........

Secara ikhlasnya aku memang tak mengenali Mano Maniam ni....... according to the lecturer in our school, dia ni selalu keluar kat TV9 dalam rancangan Kopi O or Kopitiam (tak sure tajuknya) dan aku pula kalau kat rumah mana nak dapat tengok TV9 or TV3 mahupun TV1 sebab TV kat rumah aku telah di conquer oleh anak-anak aku dengan cerita-cerita yang dia orang minati ajer (astro 611 and disney channel)..... kalau belah malam pula mr. hubby dengan sport channelnya......

Theatre ni under our school ya!!!! so bila dah under our school, maka aku pun terlibat samalah (dah boss aku kepalanya)....... ingatkan masa dia datang tu aku tak nak joint sekali...... sebab dia hanya beri briefing pada student ajer....... what for aku adakan???? Tiba-tiba masa boss aku nak turun ke kelas tu dia siap ajak aku sekali, "Jom Zana joint us in theatre class"..... aku???? bila boss dah ajak, nak tak nak terpaksalah pergi juga...... nasib baik ada juga ENG 115 lecturer from our school yang datang, so taklah aku boring sangat...... mencari 2 orang students untuk membuat persembahan.......

expression by the man......... muka orang yang terpaksa menghadirkan diri di dalam theatre class............
me with the lecturers....... mano maniam beri briefing kat depan, we all sempat lagi berposing kat belakang kelas.........

Selasa, 17 April 2012

Farewell party for Ms. Siti Aeisha

Khamis lepas our school yakni School of Humanities and Social Sciences telah menganjurkan satu jamuan makan tengahari buat Ms. Siti Aeisha Joharry, our English Lecturer yang akan meninggalkan kami kerana beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD di seberang laut.... actually farewell ni for two persons, but another person (lecturer jugak) tu tak nak joint...... sebab-sebab dia tak nak joint sekali tu biarlah kami staff-staff di School of Humanities and Social Sciences sahaja yang mengetahuinya.........

Jamuan telah diadakan di Flamme Restaurant, Nilai University College....... Makanan-makanan yang dihidangkan disediakan oleh para hospitality students (students yang ambil course hotel and management) dan di supervise oleh chef-chef yakni pensyarah-pensyarah bidang perhotelan Nilai University College....... inilah orang yang kami raikan tu..... Ms. Siti Aeisha Joharry.........
menu of the day........



our English Lecturers.........


our MPW's lecturers....... bakal Dr kedua-duanya.......

makanan yang dihidangkan.......... cream of mushroom yang marvellous........


kena berucap....... sedihhhhhh......

terimalah gift from us yang tak seberapa ni......... boleh letak gambar our group photo yaaaaaaa............

our gorgeous English lecturers........

me............


staff from School of Humanities and Social Sciences....

Buat Siti Aeisha, kak Zana doakan semuga success di dalam segala bidang dan jangan lupakan kami yang berada di Nilai University College........

GOOD LUCK to you.........

Isnin, 16 April 2012

Ke SRAI Sec. 7

After breakfast kat Intekma, anak-anak aku terus terjun pool..... dia orang dah siap-siap pakai dia orang punya swimming suit...... so tak payah nak naik ke bilik untuk tukar pakaian....

sorry tak ada gambar-gambar yang diambil masa dia orang kat pool. Kami kat pool sampai pukul 11.30 pagi and after check out dalam pukul 12.00 tengahari kita orang bergerak ke SRAI Sec. 7 coz anak bujang aku kena berkumpul kat sana......... walaupun Futsalnya kalah dia orang tetap juga kena berkumpul di SRAI Sec. 7...... Kontinjen SRAI Salak Tinggi kalah dalam semua acara (kalau tak silap akulah......) aku katakan kalah dalam semua acara ialah sebab kesemua atheletes SRAI Salak Tinggi balik awal..... dia orang tak tunggu penyampaian hadiah pun....... tak apalah anak-anak SRAI Salak Tinggi, tahun depan cuba lagi........

ni atheletes dari SRAI Pekan Beranang..... walaupun sekolah dia orang ni kat Pekan kecik ajer tapi kontinjen dia orang siap ada shirt berlencanakan sekolah lagi, sedondon hijau...... Kontinjen dari SRAI Sec. 19 lagi cantik pakaian dia orang...... sedondon merah...... kontinjen dari SRAI Salak Tinggi, tak ada shirt yang berlencanakan sekolah....... pakai shirt sendiri-sendiri...... tak cantik langsung kontinjen SRAI Salak Tinggi ni......
SRAI Sec. 7