Assalamualaikum,
Masih cerita pasal kenduri kahwin lagi, tapi kali ni di Melaka pula. Yang kahwin ni cucu Tok Long aku.
Aku adalah wakil bagi pihak arwah Hajjah Hasnah (arwah nenek aku) sebab yang lain-lainnya masa 31 Ogos ni masih berada di Miri lagi. Pak Cik aku (adik arwah emak aku) yang tak ke Miri pun tak dapat attend majlis sedara kami ni sebab cucunya kena tahan wad kat KL. Pak Cik aku siap datang kerumah hantar "angpow" untuk bapa pengantin...........
Kami gerak dari Nilai dalam pukul 9 pagi dan sampai kat rumah pengantin dalam pukul 1 pm. Jalan tak jammed tapi kami yang sesat nak cari rumah pengantin...... bukan selalu kesana tu sebab lupa........
Ni lah pengantin Melaka.......
Gerak balik dalam pukul 4 petang, lepak-lepak dulu dengan sedara mara kat situ.
Ajak en. suami ke Bandar Melaka, ronda-ronda, hampa......... tak dilayan pun, en. suami cakap "jammed"lah, ni kan cuti panjang........ ajak ke Klebang untuk pekena coconut shake pun hampa sebab dia malas nak patah balik ke Klebang dari Peringgit........ huhuhu, nangis kat dalam kereta......... last en. suami bawa kami kat area MITC. Jalan-jalan kat situ.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan