Selasa, 23 September 2014

Mathematics UPSR kena ambil semula

Assalamualaikum,

Sedihhhhhhhhh......... kecewa dan berbagai lagi...........

Kesian anak-anak kelahiran tahun 2002 yang terpaksa mengambil semula subjek mathematics UPSR yang akan di adakan pada 9 October ni....... adakah anak-anak ini dijadikan bahan kajian KPM? kenapa 3 subjek ajer? buat lah semua sekali! Untunglah pengawas peperiksaan boleh double claim........

Ada lecturer kat faculty aku ni cakap "tak yah risau kak, sure kementerian akan turunkan peratus kelulusan nanti, mana-mana budak yang tak pernah dapat A masa ujian kat sekolah tup-tup 5A nanti. Depa nak jaga nama kementerian kak, kalau kelulusan merosot busuklah nama kementerian, kan kementerian pendidikan adalah yang tersohor di peringkat antarabangsa" boleh ke gitu???

Semalam sekolah dah bermula dan aku tanya anak aku, cikgu hari ni bagi latihan sains dan english ajer ker? anak aku cakap, tak ada pun mama, cikgu tak masuk pun, kelas kita orang pun tak ada, kita orang duduk kat bilik muzik ajer....... kelas digunakan untuk dewan peperiksaan nanti............ kesiannnnnnn. Tak kan lah cikgu nak susun balik meja kan?? mana bilik darjah yang kosong dia orang gunalah......... dan satu lagi anak aku cakap, rombongan sekolah pada 25 September ni akan tetap diteruskan.........

8 ulasan:

  1. Itulah kesian anak-anak. Kalau setakat rombongan dlm negeri tak apa juga zana. Yg sedih bila flight ticket dah beli tapi terpaksa batal sebab tak kan nak ditinggalkan sensorang di M'sia sedangkan yg lain semua nak ke overseas trip. Last kena cancel trip for the whole family. Tak ke haru jadinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cancel trip for the whole family memang haru..... mungkin ada hikmahnya..... tak apa kita plan for December punya triplah Kak, sebab December tak kan ada lagi ulangan UPSR........(harap-haraplah)

      Padam
  2. kesian budak2 yg ambik UPSR tahun ni..mak bapak pun pening..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nohas, ni mak bapak lah yang pening...... risau...... takut dia tak boleh buat untuk kali kedua

      Padam
  3. Aduh kesian anak akak nabilah dan anak2 yg seusia dgn nya.. dugaan utk mereka.. terima lah dgn redha semoga ada hikmahnya.. :)

    Anak saya tengah ambil peperiksaan Agama pulak jadi seminggu tak pergi sekolah kebangsaan.. bertabah lah wahai hati... ini lah kehidupan dunia.. apa yg kita cari adalah kehidupan akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis PSRA nanti sambung balik exam sains dan english ya........ kesian kat depa, dah sepatutnya tumpu pada PSRA saja kena juga pada sekolah kebangsaan punya juga.....

      Padam
  4. Kasihan sungguh bila dengar asyik ada aje kertas bocor. Tapi adik sepupu saya buat rileks aje. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Huhu.. Semoga mereka semua sentiasa bersemangatlah nak jawab periksa UPSR ni semula. Insha-Allah..

    Singgah di sini.. \[^__^]

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah yang ditakutkan ni Faarihin, dia releks ajer....... kita maknya yang risau, berdebar-debar.....

      Padam