Isnin, 15 September 2014

UPSR 2014

Assalamualaikum,

Walaupun cerita ni dah basi tapi aku nak juga letakkan n3 ni kat blog aku sebagai kenang-kenangan dan bila Najwa dah dewasa dan bekerja ianya mungkin jadi cerita Hari Ini Dalam Sejarah kehidupannya yang ia terpaksa menduduki semula peperiksaan UPSR nya iaitu kertas Bahasa Inggeris I dan II dan menjawab kertas Sains yang ditunda dari jadual asal pada 11.09.2014 ke 30.09.2014 akibat soalan bocor yang disebabkan oleh orang-orang tua yang tak sedar diri di bahagian pendidikan or yang terlibat dengan paper UPSR ni lah..... 

Orang-orang tua yang membocorkan soalan ni tak fikir ker kos untuk membuat semula peperiksaan ni...... berapa banyak lagi duit yang kerajaan perlu keluarkan untuk kos pencetakan semula kertas-kertas peperiksaan tu? Bukan tu sahaja, bayaran untuk pengawas peperiksaan lagi dan macam-macam bayaran lagi...... dah lah negara baru kehilangan 2 pesawat, ini ditambah pula dengan pencetakan semula paper UPSR. Kalau cetak tu  free tak apalah!!!!

Kecewa? Siapa yang tak kecewa. Sangat Kecewa, sangat sedih, bukan budak-budak UPSR ajer, mak bapak juga turut kecewa dan sedih. Kasihan anak aku dan anak-anak yang menduduki UPSR 2014 ini. Harap mereka-mereka ini tidak berputus asa dan diberi kekuatan dan kembali berdiri teguh untuk menyambung perjuangan yang masih belum selesai. Semoga ujian ini adalah hikmah agar beroleh kecemerlangan di masa hadapan.
Gambar di atas tu adalah gambar yang disnap pada hari Khamis 11.09.2014 iaitu sepatutnya hari akhir peperiksaan UPSR 2014. Aku ke sekolah dia menghantarkan makanan tengahari sebelum bermulanya peperiksaan Aptitud tahun 6 yang bermula dari pukul 2.45 petang hingga ke 4.30 petang. Rupa-rupanya pihak sekolah telah menyediakan makanan tengahari untuk dia orang. Terima kasih SKDC kerana menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak UPSR ini.

4 ulasan:

  1. Memang kecewa dan sedih kita sebagai ibu kan Zana... anak akak juga pun mengambil UPSR .. kesian setelah bertungkus lumus menjawab BI 1&2 , lepas tu dibatalkan.. Semoga ada hikmah disebaliknya.. Semoga anak kita yg mengambil UPSR ni akan cemerlang.

    BalasPadam
  2. Plan tergendala yeh Zana.... Ada hikmahnya tu....Insyaallah...
    Moga dipermudahkan segala galanya.....

    BalasPadam