Isnin, 9 November 2015

A & W Taman Tasek Seremban

Assalamualaikum,

Ahad lepas semasa OTW balik ke Nilai singgah kat sini. My Puteri request kat ayahnya nak gi A & W. Dia cakap dah lama tak minum root beer float A & W. So ayahnya tunaikanlah permintaan nya itu. En. suami bawa kami ke A & W kat Taman Tasek. Masa tu hujan agak lebat jua dan full house. Selalunya tak lah penuh..... 

Adakah ini saat saat akhir penutupannya maka ramai yang datang makan kat sini? Ya A & W ini akan ditutup secara rasminya pada end of December untuk bagi laluan kepada projek lain........ Kami budak-budak KGV banyak kenangan kat sini............. sebabnya inilah salah satu fast food yang paling hampir dengan KGV......... on the way ke bus stop boleh singgah beli makanan kat sini bagi yang tak duduk hostellah dan aku balik ke asrama puteri pun lalu kat A&W ni............
inilah notis yang menyatakan restaurant ini akan ditutup sepenuhnya. dan kalau teringin nak makan A & W boleh ke Mydin S2 atau R & R Seremban selepas 31 Disember 2015.........

Semalam kami ambil family combo yang terdiri dari:

2 burger
2 coney
4 root beer float
cost us RM35++
oklah pricenya kan........
kalau a la carte Coney tu satu RM12, Root beer float tu satu RM4.50, burger tu tak tau pula berapa harganya kalau satu...............
kat dalam restaurant

Lepas makan dan dalam hujan renyai-renyai kami gi tinjau tasek. Sebab masa sampai tu air tasek tu macam dah nak melimpah........ air penuh
sekeping lagi
anak-anak ngan ayahnya
ikan-ikan yang dah mati terapung kat dalam tasik tu

4 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. A & W dah semakin kurang outletnya...rootbeer float..hmm sedapnya...

    BalasPadam
  3. Dah lama juga akak tak minum Rootbeer Flost.. terbaik di A&W jer kan..

    BalasPadam