Hari Khamis lepas ahkak gi klinik. Ada date dengan doktor. Doktor bacakan result ujian darah yang ahkak kena buat minggu sebelumnya. Dengan teliti ahkak mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut doktor. Kata doktor tahap kolesterol ahkak ok, tahap gula ahkak pun ok, buah pinggang pun ok HB pun dah 12, kira ok lah doktor kata, Alhamdulillah, cumaaaaaaaaaa........... ada cuma lah pulak......... Doktor kata cuma tahap potassium ahkak jer rendah, 3.1. Tahap normal 3.5...... Soalan ahkak yang mula-mula pada Doktor tu ialah, bahaya ker Doc kalau rendah? Lepas tu baru tanya apa itu Potassium? Doktor jelaslan kat ahkak itu ini begitu begini dan akhir sekali doktor bagi ubat baru. Makan dalam sebulan, Doc bagi appointment datang balik klinik buat ujian darah lagi........... adehhhhhh....... yang minggu sebelumnya punya ambil darah masih ada kesan lebam lagi dah ni nak kena cucuk lagi........... xpelah nak wat camner kan.......... cucuk pun cucuk lah.....
Tadi ahkak menggoogle maklumat tentang kurangnya potassium. Adalah sikit maklumat yang ahkak dapat.
Inilah info yang ahkak dapat tentang potassium......... ada berkaitan dengan buah pinggang.
Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh kita?
Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium. Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH. Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah dijaga supaya berada di antara 3.5 dan 5.5 mEq/L. Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal. Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.
Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?
Potassium Rendah
Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita. Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah. Oleh kerana kebanyakkan makanan kita mengandungi potassium, potassium rendah (hypolalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat. Pengambilan makanan yang kurang zat, muntah dan cirit-birit yang berlebihan, dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda. Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:

- Otot menjadi lemah
- Kekejangan
- Kebingungan
- Masalah dengan koordinasi otot
- Denyutan jantung menjadi tidak teratur
- Jantung gagal berfungsi
Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium. Ujian darah akan dilakukan bagi membantu dokor untuk memastikan tahap potassium.
singgah sini
BalasPadamowh! baru tahu zana... kalau tak tadi saya pun nak tanya apa tu potassium... sib zana terangkan jugak.
BalasPadamTerima kasih kongsi Info zana..
BalasPadamBaru tahu apa itu potassium..
Semoga zana diberikan kesihatan yg baik..
Pasrah jer lah nak kena cucuk tu kan zana..
Tangan CH kiri kanan kena cucuk itu hari pun belum hilang lebamnya..
thanks berkongsi maklumat, penting potassium ni..
BalasPadamApe punca sebenar yg myebabkn potassium tu jd rendah ye. .
BalasPadamTiap kali kali buat ujian darah tahap potosium kompem x cukup..3.1. kenapa la agaknya
BalasPadam