Sekitar tahun 70an, 80an dan 90an Taman Selera Seremban ni memang terkenal. Taman Selera ni terletak berdekatan dengan Pasar Besar Seremban. Dekat situ masa zaman sekolah dan zaman aku bekerja dengan finance company dulu terkenal dengan mee hailamnya pada waktu petang dan tengaharinya dengan lauk pauk berbagai jenis.. Kebanyakan yang berniaga kat situ adalah orang Minang....... Masa zaman aku kerja dulu ramai yang duk cakap jangan selalu duk makan kat situ sebab ada orang mengatakan yang kebanyakkan peniaga kat situ mengamalkan ilmu santau. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sepanjang bekerja di Seremban, masa tu branch kami kat area pasar besar, tempat makan kami memangnyalah kat Taman Selera ni dan harganya amatlah murah dan Alhamdullillah tak ada apa-apa yang berlaku. Boleh dikatakan satu pejabat duk pergi makan kat situ.
Teringat kat satu gerai yang selalu jual ikan lampang masak lemak cili api, memang sedappppp.
Dan Arwah Ayah aku selalu lah juga bawa kami adik beradik makan kat situ. Selalunya belah petang atau malam. Kami selalu makan Mee hailam. Pun terbaik dia punya mee hailam.
Hari tu semasa cuti Hari Raya Aidil Adha aku dan adik aku pergi mendobi kat Seremban 2 dan ternampaklah satu banner kat area Family Store S2 tu tulis Mee Hailam Taman Selera.
Makanya pada hari Ahad lepas selepas balik dari rumah adik aku kat Bandar Seri Sendayan, selepas shopping kat Mydin kami singgah makan kat gerai tu.........
Semasa membayar sempatlah aku menemubual tokeynya.
"Aku: Ini mee hailam yang kat taman selera tu ker?
Tokey Mee Hailam: Pernah makan kat situ ker?
Aku: Pernah
Tokey Mee Hailam: Ya. Dulu arwah bapak saya yang meniaga. sekarang ni saya pula meniaga kat S2 ni......
Aku: ohhhh okay."
Rasanya, oklah di tekak aku. yang membuatkan bertambah sedap adalah cili jeruknya.... masa menaip ni pun duk menelan air liur.........
Nanti boleh cuba lagi.......
Gambar gerai pun tak sempat nak snap....... terlampau menikmati dan kebetulan hujan pula masa tu......
Betul-betul sedap tu Zana, sampaikan terbayang pun boleh telan air liur...
BalasPadamsis boleh share dengan saya tak landmark kedainya di s2,klu betul la ini kedai yg sekian lama saya carik,kedai ni dulu berhadapan masjid kan??atau sis whatsapp sy je 012-617 5825 izma
BalasPadamsaya dah reply kat sms
Padamcari bank rakyat or bsn s2. dekat-dekat situ ajer
Padamsis boleh share dengan saya tak landmark kedainya di s2,klu betul la ini kedai yg sekian lama saya carik,kedai ni dulu berhadapan masjid kan??atau sis whatsapp sy je 012-617 5825 izma
BalasPadamsis boleh msg sy semula,sy dah pegi ker sana tpi tak jumpa la (sedihnya)
BalasPadamsalam sis...sis boleh share location...saye pon waktu kecik2 slalu makan situ mee hailam Md Nor....biase kedai anak dia bkk kol bape yerk..saye tggalkan wassupp saye sis inform n wassupp saye yerk 0172661727
BalasPadamBoleh whats app location kedai yg diS2..0123227047.
BalasPadam