Berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Kg. Giching (rumah anak-anak yatim ni ada namanya, tapi aku lupalah pulak walaupun en. suami dah bagitahu) di perkarangan Surau Al Ikhlas, Cempaka 2, Nilai. Majlis berbuka ni anjuran muslimah dan surau taman aku.... Menu malam tu ialah Nasi Briyani, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Pajeri Nenas, Kuah Dal dan kuih muih sumbangan penduduk Desa Cempaka 2, 3 dan Court.........
sebelum waktu berbuka, anak-anak ini mendendangkan lagu nasyid.......
Kak Za, bekas pengerusi muslimah yang dah bermastautin di Muar, Johor pun ada..... terima kasih kerana sudi hadir........ eh eh eh... kenapa anak bujang aku tu ada kat sebelah Kak Za ya?? sebab anak-anak aku panggil Kak Za tu Mak... Kak Za nilah baby sitter anak-anak aku dari kecil lagi......
Ini ajer gambar yang disnap oleh anak dara aku...... malulah mama nak snap gambar makanan lain, kata anak dara aku..... orang duk pandang ajer, katanya........
goodies bag untuk anak-anak yatim .........
inilah anak-anak yatim yang kami raikan tu (yang lelakinya tak ada pulak gambar)....... dengarnya tempat tinggal mereka masih tak cukup kelengkapannya.... tidur beralaskan tikar sahaja........ kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan merupakan makanan atau pun pakaian bolehlah ke rumah anak yatim ini yang terletak kat Kampung Giching, Salak....... boleh ikut jalan depan WRP (Wembley Rubber Product).... kat simpang nak ke kedai makan D'tanduk tu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan