Selasa, 28 Ogos 2012

Raya Ketiga

Terus melompat ke hari raya yang ketiga....... Hari Raya kedua tak ada cerita or gambar yang menarik untuk dicatatkan.....
Hari Raya kedua hanya sempat pergi kerumah Tok Long and Tok Ucu ajer, itu pun sebab rumah dia orang dekat dengan rumah kita orang..... hari raya kedua selalunya kita orang tak dapat nak pergi beraya kemana-mana sebab kesibukkan melayan tetamu yang datang dan sibuk menyediakan juadah makan tengahari untuk family pak cik and mak su (adik arwah mak)

Hari Raya ketiga baru dapat nak beraya jauh sikit dari kampung...... kita orang berkonvoi (tapi aku yang lambat keluar sekali)......1st rumah yang kita orang terjah ialah rumah Mak Lang di Kg. Permatang Pasir. after that aku ngan en. suami terus ke rumah Mak Cik Lijah di kg. Pengkalan Durian.... aku tak singgah lagi satu rumah sedara aku kat kg. Permatang Pasir tu sebab aku ingat adik-beradik aku terus ke rumah Mak Cik Lijah di Pengkalan Durian......
 kuih ni aku rasa hanya didapati di rumah Mak Cik Lijah aku ajer (rumah sedara mara yang lain aku tak jumpa pun). dia yang mewarisi resepi kuih Khasidah ni........... setahun sekali ajer dapat makan kuih ni...... ingat lagi masa aku mengandungkan Najwa aku mengidam nak makan kuih ni, masa tu arwah mak tak berapa sihat dia hanya bacakan resipinya dan akulah yang duk mengacaunya.......... kalau sekarang ada yang menyuruh aku membuatnya sure tak menjadi.......
 dari rumah Mak Cik Lijah kita orang terus ke rumah Mak De (adik ipar arwah mak) di Rasah Jaya........ kat sana kami dihidangkan dengan nasi minyak, ayam merah dan udang goreng........ sedapppp...... lepas tu sepupu aku duk gi order piza pulak (delivery order)....... tak makan pun piza sebab perut dah full.......
 kekenyangan........ melepak di ruang tamu rumah Mak De.......... 

Dari rumah Mak De di Rasah Jaya kita orang berkonvoi lagi (tambah satu kereta, sebab Mak De follow kita orang) ke rumah Mak Su (adik bongsu arwah mak) di Taman Rashidah Utama.... Di sana kami dihidangkan dengan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Dalca...... dekat rumah mak su aku tak makan sebab masih kekenyangan..... Masa kita orang kat rumah Mak Su, anak-anak Tok Long datang beraya ke rumah Mak Cu.... dia orang serbu kat Taman Rashidah Utama........ selain nasi tomato, anak-anak mak su duk goreng kuey teow dan mee hoon untuk dia orang........
anak-anak, menantu dan cucu-cucu Tok Long sedang menjamu selera.........
sebahagian dari ahli keluarga Tok Long yang datang beraya kat rumah Mak Su ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan